Isteri di sebelah, peminat tetap gedik nak pegang Aiman Tino

PUTRAJAYA: Penyanyi Aiman Tino mendedahkan pernah berdepan situasi peminat wanita cuba ‘menggedik’ meskipun mengetahui dirinya sudah beristeri.

Bagaimanapun, Aiman memaklumkan dirinya bersikap profesional dan mengelak untuk melayan peminat terutama wanita keterlaluan demi menjaga hati isteri tersayang.

“Nak kata peminat lari selepas berkahwin, saya tak pasti. Tapi, ada yang masih nak menggedik dengan saya (ketawa).

“Walaupun isteri ada di sebelah, tapi mereka tetap nak dekat dengan saya sambil cuba nak pegang lengan.

“Sebelum ini, saya memang tak kisah nak ramah mesra dengan peminat lelaki atau perempuan.

“Cuma sekarang kenalah ada batasan sebab sudah ada isteri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran Ngam Ngam Neighbourhood dan penyerahan sumbangan kepada artis veteran,

di sini, hari ini.

Mengulas reaksi isterinya, Syarah Haifa berhubung sikap berani peminat, penyanyi Ku Rela Dibenci itu bersyukur kerana wanita itu bersikap profesional.

“Isteri sangat profesional dan macam okay sahaja. Tapi, bila balik rumah mulalah membebel sambil mengingatkan saya supaya tak layan secara berlebihan.

“Pernah juga dia merajuk dan kunci diri dalam bilik gara-gara insiden itu.

“Saya jelaskan kepada dia, itu sekadar peminat. Setakat ini, tak pernah terlepas lagi,” jelasnya.

Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April lalu selepas lebih dua tahun berkenalan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker