Sumbangan Tunai Rahmah 2023, bayaran akhir mulai 7 November

Pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini akan disalurkan kepada 5.5 juta penerima secara berperingkat sebelum perayaan Deepavali, mulai 7 November ini membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai hingga RM1,200.

Perdana Menteri berkata, lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan menerusi Rayuan STR 2023 turut menerima bantuan tunai bawah STR Fasa 4 itu.



“Mereka akan menerima hingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini adalah bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

“Tahun ini, kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima, yang memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia bagi membantu mereka menangani cabaran kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi tahun ini, proses permohonan STR hanya dibuat setahun sekali.

Justeru, sebagai penambahbaikan pada STR 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.



Mulai 1 November 2023, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun.

“Ini bagi memastikan mereka yang layak tetapi tiada dalam pangkalan data kerajaan, boleh tampil mengemukakan permohonan masing-masing, selain membenarkan penerima sedia ada membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau ‘exclusion error’, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan,” katanya.

Anwar berkata, data terbabit akan disemak silang dengan data daripada beberapa agensi kerajaan bagi memastikan kelayakan untuk STR 2024 mengikut syarat ditetapkan.



Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) dalam portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Semakan status pembayaran dan kelulusan Rayuan STR boleh dibuat melalui pautan sama.

BERITA BERKAITAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker