Pembida tertinggi jam Rolex pemberian Raja Salman berjumlah RM135,000 selamat diserahkan

Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berjaya dibida dengan harga tertinggi RM135,000, sudah diserahkan kepada individu yang memenangi bidaan itu, hari ini.

Zulkifli pada satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi, memaklumkan jam tangan itu diserahkan kepada individu berkenaan di pejabatnya di sini, pada 3.15 petang tadi.

“Tujuh minit sebelum bidaan ditutup semalam (tengah malam tadi), seorang ‘hamba Allah’ telah membeli dengan harga RM135,000. Itulah yang muktamad dan terakhir.



“Saya sejujurnya terkejut kerana yang membeli (jam tangan), saya mengenalinya tanpa saya ketahui dia sanggup membida dan dia mahukan saya rahsiakan namanya,” katanya.

Pembida berkenaan adalah dari Pasir Gudang, Johor.

Zulkifli berkata, individu itu memberi tiga sebab mengapa sanggup membida jam tangan itu dengan harga sedemikian iaitu pertama, kerana ia dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan kedua, kerana beliau pernah memilikinya semasa menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.

“Ketiganya, kerana demi Palestin, maka dia bertekad walau setinggi mana bidaan, dia sanggup mendapatkannya.



“Selepas kami bercakap dengan linangan air mata, sebak yang amat sangat, tujuannya itu saya lihat penuh dengan keikhlasan dan dia telah menyerahkan kepada saya duit sebanyak itu (RM135,000).

“Alhamdulillah, kita akan bawa kesemuanya (wang hasil bidaan), lebih kurang RM100,000 untuk kepada Muslim Care di Jordan yang kami telah buat temu janji untuk penyerahan langsung kepada rakyat Palestin,” katanya.

Zulkifli berkata, baki wang RM35,000 itu pula akan dibahagikan dan diserahkan kepada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia antaranya Mercy Malaysia, Aqsa Syarif (MyCare), Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aman Palestin, PAS Relief, MAPIM dan MyFundAction.

“Tekad saya, tidak akan ambil walau satu sen. Ini adalah amanah dan ini adalah tujuan kami apabila kami buka bidaan.



“Semoga ia memberi manfaat kepada semua yang memberi dan menderma kepada saya, semuanya akan mendapat pahala pada hari akhirat kelak, insya-Allah,” katanya.

Beliau menjelaskan beliau akan ke Abu Dhabi, hari ini untuk satu mesyuarat bersama Syeikhul Azhar dan akan singgah ke Jordan yang terletak berhampiran untuk menyerahkan wang terbabit kepada Muslim Care Malaysia.

Katanya, semua RM135,000 hasil bidaan itu akan disedekahkan kepada rakyat Palestin khususnya mereka yang memerlukan.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong usaha seperti ini dan menunjukkan solidariti yang luar biasa, serta pemimpin yang dilihat amat bertegas dalam isu Palestin dan cuba memberi bantuan seupaya mungkin.



“Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media tidak kira rangkaian televisyen dan akhbar, serta media sosial serta netizen yang cukup banyak memberi ulasan yang baik atas usaha ini,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan Zulkifli memaklumkan melelong jam tangan Rolex kesayangannya dengan harga tapak RM40,000 dan hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker