Sherry dedah siapa Abang Proton sebenarnya

Sherry dedah siapa Abang Proton sebenarnya

Kisah pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad, 40, menghabiskan masa bersama seorang jejaka di sebuah restoran di ibu negara tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik lelaki berkenaan dalam aplikasi TikTok, Sherry mengenakan kemeja putih dan bertopi dilihat tersenyum ketika lelaki yang digelar ‘Abang Proton’ itu merakamnya.



Gelagat dua merpati itu menjadi perbualan dalam media sosial apabila ramai yang mendoakan mereka, sambil memberi amaran kepada lelaki berkenaan supaya tidak melukakan hati selebriti kesayangan ramai itu.

Enggan membiarkan spekulasi terus bertebaran, BH Online menghubungi Sherry atau nama penuh, Shariffah Maryam Syed Abdullah Al Hadad untuk mendapatkan penjelasan sejauh mana hubungan dengan ‘Abang Proton’ itu.

“Tiada apapun sebenarnya. Kami hanyalah kawan dan dia juga ejen insurans saya. Biasalah sebagai pelanggan, ‘Abang Proton’ kenalah jaga dan bawa saya keluar makan.

“Video kami keluar makan itu pun, dia yang muat naik. Saya ada juga tulis dalam kapsyen video, tak ada apa-apapun.



“Malah, saya beri keizinan untuk ‘Abang Proton’ muat naik video itu. Cuma, bila tiba-tiba video itu tular dan jadi perhatian, ‘Abang Proton’ agak kelam kabut sedikitlah. Dia yang nak sangatkan, jadi kenalah hadap,” katanya.

Menceritakan kembali detik perkenalan, Sherry memaklumkan mereka bertemu empat tahun lalu di sebuah stesen minyak di Kota Damansara.

“Dia tegur saya dan beritahu minat dengan lakonan saya. Selepas berkenalan, barulah saya tahu dia seorang ejen insurans.

“Secara kebetulan, saya sedang mencari ejen untuk menguruskan insurans saya.



“Disebabkan ‘Aang Proton’ berpengalaman dan menjadi ejen kepada beberapa artis lain, saya setuju menjadi pelanggannya,” katanya.

Mengulas gelaran ‘Abang Proton’ diberikan kepada jejaka terbabit, Sherry berkata, ia berpunca komen di Instagram (IG).

“Nama dia Amin Mokhtar. Gelaran Abang Proton tercetus selepas saya menulis komen di IG miliknya. Saya cakap mukanya sama macam ‘Abang Tesla’ yang viral sebelum ini.

“Dia balas komen saya dengan mengatakan, dia bukan Abang Tesla, tetapi ‘Abang Proton’. Dari situ, terus melekat panggilan itu.



“Apabila tengok ramai doakan kami dan beri amaran kepadanya supaya tak mainkan perasaan saya, rasa terharu pula.

“Malah, ada rakan industri bertanya mengenai hubungan kami.

“Rasa lucu apabila reaksi seperti ini timbul. Tiada apa-apa hubungan, kami memang berkawan. Tapi, ‘Abang Proton; masih single,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sherry memaklumkan bakal membintangi drama bersiri Khunsa arahan Shahrulezad Mohameddin.



“Memang sudah lama saya tidak berlakon di bawah produksi Shahrulezad kerana kekangan masa. Saya terus setuju apabila ditawarkan berlakon.

“Selain teruja kembali berlakon di bawah arahannya, judul drama Khunsa membuatkan saya tertarik untuk terima tawaran. Lagipun, karakter saya dalam drama ini agak berbeza kerana watak serius,” katanya. BH

Sherry dedah siapa Abang Proton sebenarnya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker