Jodoh Wanna Ali lambat


Jodoh Wanna Ali lambat

Orangnya cantik manis, dibesarkan dalam keluarga berada dan berpendidikan, kini populariti pula mengiringi perjalanan hidup penyanyi dan pelakon, Wanna Ali, 26.

Segala-galanya berada dalam genggaman pelakon yang mengecapi populariti menerusi drama Angkara Cinta itu.

Namun, hingga hari ini, tiada satu pun gosip cinta pernah melingkari hidup Wanna atau nama sebenarnya, Nor Syazwana Mohd Ali.



Malah, Wanna boleh disifatkan sebagai artis bebas kontroversi sejak memulakan langkah sebagai penyanyi pada usia 15 tahun.

Pandai menyorokkan kisah cinta, Wanna akhirnya buka mulut mengenai hubungan cinta tak kesampaian.

Wanna berkata, hubungan cintanya terputus di tengah jalan kerana tidak mempunyai persefahaman.

“Bohonglah jika saya tidak memiliki hasrat hidup berpasangan. Keinginan mahu mempunyai keluarga sendiri memang ada, lebih lagi, apabila melihat rakan-rakan sudah berkahwin dan memiliki anak.



“Melihat rakan-rakan berumah tangga, sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada saya.

“Seperti kita ketahui, budaya masyarakat Melayu mementingkan perkahwinan, jadi ia memberi tekanan kepada saya.

“Jujurnya, saya sepatutnya berkahwin tahun depan, namun malangnya tiada jodoh.

“Kami putus dalam pertengahan tahun ini. Mungkin juga terlalu awal untuk kami berbincang soal perkahwinan,” katanya kepada BH Online.



Anak kepada pemilik syarikat Pencil Pictures & Record Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh itu berkata, dia akur dengan permintaan bekas kekasih yang tidak membenarkannya bergiat aktif dalam bidang seni selepas bergelar isteri.

“Bekas kekasih beri syarat, tidak mahu saya aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian. Saya terima sahaja permintaannya.

“Kami sudah merancang soal bisnes yang akan dilakukan, malah bekas kekasih akan memberikan sokongan, namun jodoh kami tak panjang.

“Memanglah saya kecewa, tetapi buat masa ini, bercinta tidak lagi menjadi keutamaan.



“Saya akur jodoh lambat lagi. Lagipun, saya ingin cari pasangan yang bukan sahaja terima saya, tetapi juga keluarga.

“Apa yang lebih penting, keluarga perlu merestui pasangan pilihan saya,” katanya.

Terbaharu, Wanna muncul dengan single duet berjudul Bukan Sekadar Lafaz hasil paduan suara bersama bapa tiri, Aiman Ismail.

Bekas graduan Ijazah Pengurusan Perniagaan, Universiti Nottingham, Malaysia itu berkata, dia mulanya keberatan apabila ibunya mencadangkan berduet dengan bapa tirinya.



Namun, katanya, ibunya berjanji mahu sediakan guru vokal, lantas membuatkannya tidak mampu menolak.

Bukan sebab enggan berduet dengan bapa tiri, sebaliknya Wanna sudah lama tidak mengasah suara dan bimbang menjejaskan keindahan lagu Bukan Sekadar Lafaz yang menjadi lagu runut bunyi drama menggunakan judul sama yang kini menghiasi slot Akasia di TV3.

Walaupun ada mempertikaikan tindakannya, namun, Wanna tidak melihat paduan vokal mereka sebagai satu kesalahan.

“Entahlah, bagi saya tak menjadi kesalahan. Sama seperti penyanyi lelaki dan wanita lain yang berduet menyanyikan lagu cinta.



“Lagipun, saya meletakkan diri sebagai Asyikin Zaman, bukan Wanna Ali di mana saya turut memegang teraju utama drama Bukan Sekadar Lafaz ini di sisi Alif Satar.

“Jadi, ia memberi kelebihan kepada saya untuk menghayati lagu ini dengan lebih mendalam, walaupun berduet dengan bapa tiri,” ujar Wanna.

Penyanyi lagu Lepaskanlah dan Stop Kamu itu berkata, dia sudah lebih setahun tidak merakamkan lagu menyebabkannya gugup untuk kembali ke studio rakaman.

“Mulanya saya memang menolak kerana tahap vokal tak sesuai dengan genre lagu ini. Saya tahu kemampuan vokal saya.

“Namun, mama yakin saya boleh melakukannya, malah mama sudah siap mengupah Cikgu Syafi sebagai guru vokal.

“Selepas menghadiri empat kali kelas, kami akhirnya masuk ke studio rakaman,” katanya.

Proses rakaman, kata Wanna dilakukan secara berasingan dan mengambil masa selama empat jam.

“Kami lakukan rakaman berasingan, tapi saya ada ketika sesi rakaman bapa tiri. Begitu juga bapa tiri ada ketika saya merakamkan lagu,” katanya.

Berkongsi watak dalam drama Bukan Sekadar Lafaz, Wanna berkata, drama itu sarat dengan air mata apabila Asyikin menjadi mangsa manusia tidak bertanggungjawab hingga hamil dan kemudiannya, dipaksa berkahwin dengan Hud.

Wanna mula diperkenalkan dalam lakonan menerusi filem Aku Ada, Kau Ada??? pada 2013.

Anak kedua daripada empat beradik itu pernah memenangi trofi Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bersama PU Riz menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa. BH

Jodoh Wanna Ali lambat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker