Intitusi ulama jangan dirosakkan

Intitusi ulama jangan dirosakkan

Apabila selebriti, tidak kiralah pendakwah, ustaz, artis, pereka fesyen asalkan terkenal menjadikan media sebagai medan perang impaknya amat besar kepada masyarakat. Kalau dulu orang terkenal bergaduh senyap-senyap takut diketahui umum bermusuh sama sendiri ketika berkongsi pentas.

Sekarang, bila selebriti agama berbeza pandangan ia menjadi viral semua orang tahu hingga tidak ada yang disembunyikan langsung. Semua orang hendak memberi komen hingga ramai yang menjadi ulama segera.



Baru-baru ini ulama terkenal tempias viral media apabila menegur pernikahan seorang selebriti sebagai tidak sah sedangkan pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti sendiri. Isunya kerana tidak memenuhi syarat sah dalam mazhab as-Syafie.

Impak daripada itu timbul pelbagai andaian dan tuduhan hingga menyebabkan masyarakat menjadi keliru, apatah lagi apabila ia diambil kesempatan oleh sebahagian musuh Islam untuk mencemarkan institusi ulama sebagai agen perosak masyarakat.

Mujurlah ada pihak ketiga yang menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perbalahan tersebut. Walaupun pekungnya dapat ditutup, tetapi baunya tetap jua menusuk hidung.

Perbalahan ini tidak seharusnya berlaku sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan, begitu reaksi awal Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Zaid Ahmad, tatkala diminta pandangan berhubung perbalahan ulama.



“Saya melihat isu ini sebagai isu yang besar kerana ia secara tidak langsung mencemarkan institusi ulama yang dilihat mempunyai peranan besar dalam masyarakat. Kekuatan sesebuah masyarakat tertakluk pada kekukuhan institusi, di mana salah satunya institusi yang ditunjangi oleh ulama. Maka itu ulama merupakan sebuah institusi dan bukannya dilihat sebagai kaca mata individu.

“Ulama sejak dari dahulu lagi menjadi tempat rujuk, penyelesaian masalah, dan penawar ketegangan dalam masyarakat, kerana itu ia menjadi institusi yang penting dalam agama Islam dan tidak bagi agama lain.

“Apabila tercetusnya isu ini, institusi ulama menjadi sasaran celaan dan makian masyarakat, kerana ia bukanlah berdiri sebagai individu tetapi merupakan sebuah institusi. Maka itu jangan sesekali mencela ulama,” tegasnya dengan nada sedih.

Tidak dinafikan ada di kalangan individu yang membawa gelaran ulama tetapi menunjukkan sikap serta tindakan yang tidak betul. Jika ia berlaku tetap ada ruang untuk menolak dan mengkritik mereka. Akan tetapi jangan sesekali menyentuh institusi kerana kedudukannya yang tinggi dengan wibawa yang perlu dipertahankan sepanjang masa.



Masyarakat hilang punca

Peranan institusi ini yang akan menjadi senjata ampuh dalam mengukuh, menstabilkan dan menyelesaikan sebarang masalah dalam masyarakat Islam. Bukan sekadar itu peranan mereka, bahkan institusi ini yang bertindak memberi nasihat kepada raja atau pemerintah.

Apa akan jadi jika imej institusi ulama rosak? Sudah pasti masyarakat akan hilang punca dan keyakinan kepada siapa untuk mereka merujuk sebarang permasalahan dalam agama.

Tambahnya, dalam institusi ini mengandungi pelbagai individu dengan latar belakang pendidikan yang pelbagai. Justeru itu konflik tidak dapat dielakkan. Konflik yang berlaku ini pula bukan dari sudut peperangan tetapi dari sudut pandangan yang berbeza. Ia bukanlah isu baru tetapi sudah lama berlaku. Jika tidak masakan adanya pelbagai mazhab dalam Islam.



Ibnu Khaldun dalam kitab Muqaddimah telah menyentuh tentang keadaan umat Islam yang satu ketika mempunyai kepelbagaian pandangan dalam banyak perkara, hingga masyarakat menjadi resah dan muak hingga menyuruh untuk menutup pintu ijtihad. Maka itu perbezaan pendapat bukanlah perkara baru dan akan berlaku hingga bila-bila selagi manusia hidup.

Memang tidak dinafikan juga, perbezaan pendapat antara keduanya memberi impak yang besar kepada pengikut hingga berlaku perpecahan. Namun perlu dilihat perbezaan yang bagaimana, adakah ia melibatkan perkara dasar, furuq atau yang bersifat ringan. Perkara ini yang perlu dilihat oleh masyarakat.

“Kita tidak mahu dengan perbezaan yang kecil ini memberi impak yang cukup besar kepada masyarakat dan juga institusi ulama itu sendiri. Dibimbangi musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memperlekeh dan merendah-rendahkan institusi ulama di negara kita.

“Sebagai ulama jangan boros berkata-kata. Fikirkan dahulu dengan fakta supaya tidak terlepas kata-kata tanpa ada nas dan dalil yang sahih. Dalam hal ini jika berlaku kesilapan, akui dan berlapang dada kerana fitrah manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Hanya keberanian diperlukan untuk mengakuinya sahaja,” katanya.



Pahlawan Keyboard Keberanian Baru

Isu perbalahan ini juga dilihat menimbulkan keberanian baru dalam masyarakat Islam kerana meninggalkan komen-komen yang melampau hingga tidak beralas dan berlapik. Mereka tidak ambil kira siapa orang yang akan dikomen itu.

Jika dahulu masyarakat yang ingin mengkritik ulama, akan memikirkannya berkali-kali, sebaliknya kini jauh berbeza. Secara tidak langsung jika masyarakat umum telah berani mengkritik, itu menunjukkan tiada lagi rasa hormat mereka terhadap institusi ini.

Walau bagaimanapun untuk meletakkan beban di atas bahu masyarakat juga tidak adil kerana perkara yang boleh disembunyikan di bawah karpet tetapi tidak disembunyikan dengan sebaiknya. Ini kekurangan kita yang amat sukar untuk dielak kerana kita manusia biasa.



Masyarakat kita terlalu cepat memberi komen hanya melihat kepada satu laporan sahaja, sedangkan belum terbukti lagi kebenarannya. Mereka cepat sangat melatah bila diusik dengan sesuatu isu. Begitu juga dengan individu yang bergelar ulama ini yang tidak cermat dalam memberi reaksi hingga melatah tanp fakta yang tepat. Maka jadilah begitu.

“Justeru sebagai ulama, mereka memang tahu belaka tentang adab dan khilaf ini, cuma bila tidak berlaku pada diri sendiri senang untuk mereka menyarankan apa juga tindakan. Tetapi apabila sudah kena pada batang hidung sendiri barulah mereka tahu betapa sukarnya tindakan untuk dilakukan.

Ternyata polemik ini sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak cepat melatah dan menghukum sesiapa sahaja yang berbeza pandangan. Paling penting sebagai ulama, mereka perlu jujur dalam berdakwah supaya mereka tidak dianggap sebagai agen perosak masyarakat. Wallahu a’lam Utv

Intitusi ulama jangan dirosakkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker