Terima gelaran datuk walaupun dilarang, pemimpin DAP Sabah mohon maaf pada parti

Dua wakil rakyat DAP yang dianugerahkan dan menerima darjah kebesaran datuk Sabah tampil memohon maaf kepada kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Adun Luyang Phoong Jin Zhe pada satu kenyataan bersama hari ini berkata mereka menerima teguran kerana melanggar dasar parti yang melarang menerima sebarang gelaran semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.

“Kami ingin memohon maaf yang setulus-tulusnya kepada kepimpinan dan ahli parti.



“Walaupun sebelum ini kami telah menjelaskan kerumitan keadaan, menekankan kewajipan kami untuk menghormati muhibah daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah dan kerajaan negeri, kami faham bahawa ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menggugat prinsip dan dasar parti,” kata mereka.

Chan merupakan timbalan menteri pertanian dan keselamatan makanan manakala Phoong pula menteri pembangunan perindustrian dan keusahawanan Sabah.

“Sebagai rakyat Sabah, kami amat menghargai pengiktirafan Yang di-Pertua Negeri terhadap khidmat bakti DAP kepada rakyat dan masyarakat.

“Dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara tercinta sebagai wakil rakyat kekal teguh.



“Kami ingin meyakinkan semua orang bahawa komitmen kami untuk menegakkan prinsip dan nilai parti juga tidak berbelah bahagi,” tegas mereka.

Chan dan Phoong antara 88 individu yang dianugerahkan anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu, yang membawa gelaran “Datuk”, dalam majlis istiadat pertabalan yang diadakan di Istana Seri Kinabalu pada 7 Okt.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata jawatankuasa pusat parti itu yang bermesyuarat pada Rabu telah mengeluarkan teguran keras terhadap mereka.

“Kami mengambil serius teguran keras daripada CEC DAP serta bersedia menerima tunjuk ajar serta nasihat parti dengan rendah hati dan fikiran terbuka,” kata Chan dan Phoong hari ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker