Fizi Ali kahwin lagi

Fizi Ali kahwin lagi

Dengan sekali lafaz, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 34, sah bergelar suami kepada Siti Zulaiikha, 30, dalam majlis akad nikah yang dihadiri keluarga dan sahabat baik di Gombak, jam 10 pagi ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Hot FM, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Ali berkata, perkenalannya dengan isteri terjadi secara kebetulan.



“Kami mulanya hanya rakan bisnes, tetapi akhirnya menemui titik keserasian.

“Isteri adalah insan paling rapat dan menjadi pendorong untuk saya lebih semangat ketika berdepan detikr sukar.

“Dari situ, kami temui titik keserasian dan ambil keputusan cuba kenal hati budi. Dengan berkat doa ibu bapa akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri,” katanya.

Fizi berkata, keputusan mengadakan majlis secara sederhana dilakukan atas persetujuan antara kedua-dua pihak.



“Kami bertunang beberapa bulan lalu, tetapi ambil keputusan berdiam diri. Ini kerana kami bimbang perancangan tidak menjadi kenyataan.

“Namun, saya pasti berkongsi bila tiba tarikh kami disatukan dalam ikatan yang sah.

“Jadi, kami memilih hari ini kerana tarikhnya cantik, iaitu 23 Oktober 2023,” kata Fizi.

Fizi berkata, dia bersyukur rezekinya bertemu dengan wanita yang turut memiliki anak perempuan sepertinya.



“Alhamdulillah, anaknya, Ameena Sofia selesa dan mula menerima isteri.

“Mungkin saya pula kena tinggal seorang diri di rumah kerana Ameena sudah temui teman baik iaitu mama dan kakaknya.

“Doakan saya bahagia bersama isteri, anak dan keluarga untuk harungi pelbagai cabaran bersama.

“Moga ini juga perkahwinan saya sampai ke syurga jannah, insya-Allah,” katanya.



Terdahulu, Hot FM turut mengucapkan tahniah kepada Fizi dan pasangannya dan mendoakan bahagia dalam mengharungi perjalanan baharu fasa kehidupan. BH

Fizi Ali kahwin lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker