Mereka anggap Bocey sudah tidak lengkap – Achey

Mereka anggap Bocey sudah tidak lengkap – Achey

SEJAK pemergian Abam tiga tahun lalu, salah seorang ahli kumpulan Bocey iaitu Achey mendedahkan dia dan seorang lagi anggota mereka iaitu Fad kurang muncul di program televisyen disebabkan tiada tawaran daripada pihak stesen televisyen.

Jelas Achey atau Mohd Nasir Hamzah, dia mengandaikan situasi itu berlaku disebabkan pihak produksi tv menganggap kumpulan Bocey sudah tidak lengkap selepas Abam meninggal dunia.



“Senang kata semenjak arwah Abam meninggal dunia, saya dan Fad kurang mendapat panggilan atau tawaran yang besar untuk karier kami khususnya di kaca televisyen.

“Pendapat saya, mungkin pada pandangan pihak produksi di luar sana merasakan Bocey itu sendiri tidak lengkap tanpa tiga ahli asal.

“Itu pendapat saya lah dan saya selalu bercakap pada Fad yang mungkin kita ni tak lengkap. Apa-apa pun yang berlaku sekarang ni, kita hadap saja dan teruskan bawa nama Bocey.

“Kalau nak cari pengganti nanti dah tak jadi Bocey dah. Walaupun berdua, kita jalan sajalah…sama ada kuat atau tidak, kita kena cuba sebaik mungkin,” katanya kepada URTV.



Achey berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Legacy Ride 2.0 yang berlangsung di Lapangan Terbang Lama Sungai Besi, baru-baru ini.

Dalam pada itu, melihatkan penglibatannya yang kurang di televisyen, Achey bagaimanapun optimis untuk berdepan dengan ujian dalam mengekalkan jenama Bocey di industri.

“Pada saya ia bukanlah satu hukuman tetapi ia lebih kepada ujian buat Bocey.

“Ujian untuk kami sama ada kuat atau tidak untuk meneruskan karier kami. Atau adakah kami nak terus biarkan ia terkubur?



“Kita pernah lalui jerih perih dari dulu lagi untuk menaikkan nama Bocey, jadi saya risau ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk kami pertahankan nama Bocey dalam industri,” ujarnya yang percaya Bocey masih ada peminat yang menyokong perjalanan karier seni khususnya dalam bidang lawak.

Platform pelawak junior teruskan legasi

Menyedari kurangnya program hiburan yang memberi fokus kepada pelawak, Achey memberikan pendapat agar stesen televisyen memberi ruang dan peluang kepada pelawak baru berkongsi bakat mereka.

Kata Achey, dia akui banyak anak-anak muda yang memiliki bakat semulajadi dalam bidang lawak jenaka namun ruang untuk mereka berkarier agak terhad.



“Saya rasa stesen televisyen perlu sediakan banyak program hiburan lawak untuk rantaian artis lebih-lebih lagi pelawak yang sedang meningkat naik.

“Kesian pada mereka juga sebenarnya sebab baru saja nak meningkat naik tapi tak ada platform yang disediakan.

“Kena perbanyakkan lagi walaupun sitkom tu bajet atau pun penonton dia tidaklah setinggi mana tapi kena adakan supaya mereka yang baharu ini ada peluang untuk menghidupkan karier seni mereka.

“Secara tak langsung, ada juga penerus legasi dalam bidang lawak,” jelasnya. Utv



Mereka anggap Bocey sudah tidak lengkap – Achey

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker