Islam lebih dahulu menyatakan rupa bentuk bumi sebelum saintis Barat menemui buktinya

Islam lebih dahulu menyatakan rupa bentuk bumi sebelum saintis Barat menemui buktinya

Hampir kesemua ilmuwan zaman kuno mengandaikan bumi berbentuk datar. Orang-orang Mesopotamia zaman dahulu menganggap bumi ini pipih dan terapung-apung di atas lautan. Manakala bagi orang Yunani kuno, mereka mengatakan bumi ini berbentuk bulat tetapi leper.

Masyarakat India kuno beranggapan bumi berbentuk seperti bunga. Bahagian daratan bumi terbahagi kepada empat bahagian yang mana setiap satunya mewakili kelopak bunga. Kelopak-kelopak tersebut dikatakan berputar mengelilingi pusat bumi. Di luar daratan tersebut adalah lautan.



Abu Raihan Al-Biruni adalah ilmuwan Islam yang menjadi perintis mengutarakan teori bumi berbentuk sfera pada awal abad ke-9. Sebelum itu, pelbagai teori rupa bentuk bumi diutarakan oleh manusia yang kebanyakannya hanyalah mengikut logik akal.

Abu Raihan Al-Biruni, ilmuwan Islam yang menjadi perintis mengutarakan teori bentuk bumi sfera.
Ketika ilmuwan Islam sudah pun mencipta globe bumi dan peta dunia, masyarakat di Eropah dan kebanyakan bahagian lain di dunia masih lagi mempercayai bumi berbentuk leper. Sehinggalah pada abad ke-15, wacana bentuk bumi seperti bola telah berkembang di Barat yang dicetuskan oleh Nicoulas Copernicus.

Pada zaman kekuasaan gereja yang dominan dengan teori bumi itu leper, Copernicus melawan arus dengan menyatakan seluruh alam semesta berbentuk bola. Tetapi teori ini masih belum diterima sepenuhnya kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Sehinggalah pada penghujung kurun ke-15, pelayar dari Sepanyol, Christopher Columbus, telah berjaya mengelilingi dunia – membuktikan bumi berbentuk bulat dan tiada penghujung. Kejayaan beliau itu telah menyangkal teori-teori yang mengatakan bumi ini leper dan mendatar.



Selepas itu, teori bumi berbentuk seperti bola terus berkembang di serata dunia. Sehinggalah pada Disember 1968, gambar bumi yang sebenar telah berjaya dirakam oleh angkasawan yang mengikuti misi kapal angkasa Apollo 8.

Di sebalik pelbagai teori yang diutarakan oleh manusia, Al-Quran juga turut menyentuh tentang perkara ini. Kitab suci agama Islam yang diwahyukan pada abad ke-7 telah memberi kiasan mengenai bentuk bumi yang bulat melalui beberapa surah.

Sepotong ayat daripada surah Az-Zumar sudah cukup untuk menggambarkan bumi itu berbentuk bulatan. Firman Allah yang bermaksud, “Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia menutupkan (takwir) malam di atas siang dan menutupkan (takwir) siang di atas malam…” (Az-Zumar, ayat 5).

Perkataan menutupkan (takwir) dalam ayat tersebut juga boleh diterjemahkan kepada kata kerja melilit. Di dalam kamus bahasa Arab, perkataan takwir digunakan untuk menggambarkan pekerjaan membungkus atau melilit sesuatu secara melingkar, sebagaimana serban yang dipakaikan pada kepala. Ini bererti, keterangan ayat tentang siang dan malam yang menutupi antara satu sama lain hanya akan terjadi sekiranya bumi berbentuk bulat.



Antara surah lain yang turut memberi kiasan tentang bentuk bumi ialah surah Luqman, ayat 29 yang bermaksud, “Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti).“

Selain itu, Al-Quran turut memberi gambaran sebenar tentang bentuk bumi yang gepeng (oblate spheroid/ geo- spherical) seakan-akan telur burung unta. Dalam surah An-Naziat, ayat 30, Allah berfirman, “Dan bumi sesudah itu dihamparkanNya (dijadikan berbentuk telur – ‘dahaha’).

Perkataan Arab untuk telur dalam ayat ini ialah ‘dahaha’ yang bermaksud telur burung unta -berbentuk geo-spherical. Telur burung unta kelihatan sedikit bujur dan mempunyai kecembungan yang sekata.

Penjelasan secara saintik membuktikan bahawa bumi bukanlah berbentuk sfera secara simetri, tetapi sebagai sebuah bulatan yang seakan-akan tertekan pada orientasi kutub-kutub yang menyebabkan kecembungan pada garisan khatulistiwa.



Kecembungan ini terjadi kerana pusingan bumi, yang menyebabkan ukuran diameter khatulistiwa 43 kilometer lebih besar berbanding diameter dari kutub ke kutub. Ia dikukuhkan lagi melalui teori graviti yang mana tarikan graviti di kutub lebih kuat berbanding tempat lain di dunia kerana kedudukannya yang lebih dekat dengan pusat bumi.

Itulah antara mukjizat dan kehebatan al-Quran yang dapat dibuktikan melalui sains. Harus diingat, al-Quran adalah kalam Allah. Kerana Dia lah yang mengetahui segala-galanya, dan Dia juga berhak ke atas apa yang ada di atas muka bumi ini.

Islam lebih dahulu menyatakan rupa bentuk bumi sebelum saintis Barat menemui buktinya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker