Jiggy tak sanggup ditinggalkan Dhabitah

Jiggy tak sanggup ditinggalkan Dhabitah

Pasangan sama cantik sama padan, selebriti Jiggy Masin dan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sekali lagi menjadi tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian dalam Instagram Hot FM, Jiggy dan Nur Dhabitah ditemubual oleh penyampai radio menerusi segmen Bekpes Hot, baru-baru ini.



Dalam temu bual itu, penyampai radio AG bertanyakan Jiggy berapa bulankah akan ditinggalkan Nur Dhabitah untuk persiapan menjelang sukan Olimpik di Paris pada 2024.

“Haa ni Jiggy Olimpik dah dekat juga ni, so berapa bulan pula kena tinggal?

“Berapa bulan Bitah?,” soal AG.

Jawab Jiggy, dia cuma memaklumkan lebih kurang dua bulan akan ditinggalkan isterinya untuk latihan di luar negara.



Malah, Jiggy juga tidak tahu berapa lamakah Nur Dhabitah akan membuat latihan di luar negara untuk sukan Olimpik di Paris kelak.

“Tak tahu kalau campur, kalau kata dia kena ke China lagi untuk ‘training’ selalunya dua bulan.

“Dua tiga bulan akan pergi ‘training’ dulu macam yang ‘recently’ dia pergi 45 hari. Kemudian, hadiri acara selama tiga empat hari.

“Asian games ni lagi lama berbanding World Champ. So untuk Olimpik di Paris kita tak tahu berapa lama,” ujar Jiggy.



Soal AG lagi, dia bertanyakan apakah Jiggy sudah bersedia fizikal dan mental sekiranya ditinggal Nur Dhabitah dalam tempoh yang lama. Ini jawapan lelaki yang bertakhta di hati Nur Dhabitah.

“Tak nak… nak ikut!,” jawab Jiggy pantas.

Apa yang menarik, reaksi pantas Jiggy turut membuat penyampai radio Hot FM terhibur.

Sukan Asia Hangzhou 2022 menyaksikan Nur Dhabitah berjaya merangkul pingat perak acara 3m papan anjal seirama bersama Wendy Ng dan meraih gangsa bersama Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama.



Terdahulu, Jiggy mengakui memahami tuntutan kerja isterinya itu apabila terpaksa berjauhan kerana Nur Dhabitah yang sering ke luar negara.

Malah, Jiggy turut menerima ‘pesanan’ daripada isterinya itu agar sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang ketiadaan Dhabitah disisi.

Jiggy dan Nur Dhabitah sah bergelar suami isteri pada 28 April lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Elly Ariffin pada 9 September 2016, namun bercerai pada 30 Januari 2020. XTRA



Jiggy tak sanggup ditinggalkan Dhabitah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker