Pegawai khas PM dalang kenyataan ‘tak benar’ PMO – ‘Oms’ P Thiagarajan

Seorang ahli perniagaan yang juga kenalan rapat Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) baru-baru ini yang menyatakan perdana menteri tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru sebagai “tidak benar”, lapor akhbar tempatan, Tamil Malar.

‘Oms’ P Thiagarajan turut mendakwa pegawai tugas-tugas khas perdana menteri, M Shanmugam, sebagai dalang di sebalik kenyataan tersebut.

Thiagarajan mendakwa Shanmugam sengaja memberi maklumat yang salah kepada Anwar berhubung majlis “Komuniti India ke arah Masa Depan yang Lebih Cerah” di Klang yang diadakan pada 7 Okt.



“Shanmugam memberi maklumat salah kepada PM dengan berkata majlis hari itu sebagai perhimpunan politik dan membuat kenyataan media.

“Saya minta Shamugam memberi penjelasan kepada umum kenapa membuat kenyataan sebegitu tanpa mendapat penjelasan daripada bahagian risikan polis,” katanya.

“Bahagian risikan polis telah pun mengesahkan bahawa majlis tersebut bukan satu perhimpunan politik. Jadi, apakah keperluan Shanmugam masih membuat kenyataan sebegitu?” tambahnya.

Untuk rekod, pada majlis tersebut Thiagarajan menjadi tetamu khas menyatakan bahawa dia akan menyampaikan hasrat untuk menubuhkan parti politik baru berasaskan kaum India di negara ini kepada perdana menteri.



Majlis itu adalah satu usaha untuk memungut suara pemimpin komuniti dan wakil NGO berhubung keperluan menubuhkan parti politik baru di negara ini.

Para hadirin diberi kertas yang mempunyai empat pilihan iaitu, tubuh parti politik, tubuh NGO yang kuat, memperkasakan parti politik India yang kini berada bersama BN dan menubuhkan sayap India di setiap parti komponen PH.

Daripada lebih kurang 400 hadirin, lebih 300 pilih tubuh parti politik baru.

Thiagarajan kemudian berkata keputusan yang dibuat pada majlis itu akan disampaikan kepada perdana menteri dalam masa terdekat.



Katanya, sebarang keputusan muktamad akan diambil oleh perdana menteri.

PMO pada 9 Okt tampil menyatakan perdana menteri tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru.

Dalam satu kenyataan media tanpa menyebut sebarang nama, PMO berkata, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana kumpulan yang secara sengaja menyalahgunakan nama perdana menteri tanpa kebenaran.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti perdana menteri dan pentadbiran kerajaan.



“Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarkan mana-mana pihak,” katanya.

Susulan kenyataan PMO, Thiagarajan pada 12 Okt menafikan dia berhasrat menubuhkan parti politik baru berasaskan kaum India di negara ini.

Thiagarajan menjelaskan, bahawa kenyataannya dalam majlis itu hanyalah bermaksud bahawa dia mahu menyampaikan hasrat menubuhkan parti baru untuk pihak lain.

“Bagi saya, hanya orang gila akan tubuh parti politik baru lepas Anwar jadi perdana menteri. Saya bukan gila, malah saya sentiasa menentang parti-parti politik yang mengabaikan hak rakyat,” katanya.



Dia turut berkata kenyataan PMO itu tidak merujuk kepada majlis tersebut.

Sementara itu, ketika dihubungi, PMO memberitahu Malaysiakini bahawa dakwaan Thiagarajan akan dibawa kepada perhatian perdana menteri untuk tindakan lanjut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker