Tindakan 4 ADUN Bukan ‘Demi Rakyat’, Pentingkan Diri… Tolak Mereka Jika Tanding PRN – Haryaty

Tindakan 4 ADUN Bukan ‘Demi Rakyat’, Pentingkan Diri… Tolak Mereka Jika Tanding PRN – Haryaty

Wanita UMNO Melaka menyifatkan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai mementingkan diri dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Menurut Pengerusi Sekretariat Professional Wanita UMNO Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah pihaknya merasa sedih dan marah dengan tindakan empat Adun tersebut.



“Saya merasa sedih dan geram dengan politik yang berlaku dalam negeri Melaka.

“Saya sedih dengan nasib rakyat yang baru mula mencari makan seperti pembawa beca, peniaga kecil atau peniaga besar. Sedih dengan nasib JPKK yang sedang seronok memberikan khidmat kepada rakyat tiba-tiba kena berhenti.

“Sedih dengan wanita yang sedang bergelut kesusahan ditinggalkan, diancam jenayah, keretakan rumahtangga yang mencari tempat perlindungan kepada sebuah kerajaan yang kukuh dan mantap tapi akhirnya…,” ujarnya melalui satu kenyataan di Facebook tentang hal ini.



Haryaty yang juga merupakan Ketua Wanita Kota Melaka berkata tindakan itu adalah sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan sebenar.

“Realitinya, keempat-empat YB yang tampil dengan alasan ‘demi rakyat’ adalah YB-YB yang pentingkan diri sendiri bukan perjuangan ‘membakar diri’.

“Mereka mengambil kesempatan dan mencari keuntungan diri dengan jawatan yang disandang dalam ketidakstabilan kerajaan.

“Walaupun Pilihan Raya Negeri akan berlaku sepertimana pembubaran YB DS Ab Rauf Yusoh yang diumumkan, – Pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti & Pemecatan Ahli Parlimen/ DUN wajar disegerakan pelaksanaannya,” tegasnya lagi.



Beliau turut mengesa agar pengundi dan jentera Wanita UMNO Melaka untuk menolak keempat-empat Adun tersebut sekiranya mereka bertanding di dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Semalam Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam memberi persetujuan untuk membubarkan DUN.

Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. – UMNO Online

Tindakan 4 ADUN Bukan ‘Demi Rakyat’, Pentingkan Diri… Tolak Mereka Jika Tanding PRN – Haryaty




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker