Singapura ‘Rehatkan’ Jamie, Lain Tanya Lain Dia Jawab

Singapura ‘Rehatkan’ Jamie, Lain Tanya Lain Dia Jawab

Singapura: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menghentikan sementara fungsi chatbot ‘Ask Jamie’ di laman webnya selepas tular satu tangkap layar yang menunjukkan chatbot itu memberikan nasihat seks selamat sebagai respons kepada pertanyaan berhubung Covid-19.

Dalam beberapa tangkap layar yang dikongsi, jawapan chatbot kepada pertanyaan mengenai langkah-langkah yang patut diambil apabila seorang anggota keluarga disahkan positif Covid-19 mencetuskan kebingungan dalam kalangan pengguna internet.

Dalam satu tangkap layar yang dikongsi, seorang pengguna bertanyakan mengenai apa perlu dilakukan selepas anaknya disahkan positif Covid-19 dan chatbot itu memberikan nasihat mengenai seks selamat.

Ketika ditanya mengenai lokasi untuk mendapatkan kit ART (ujian pantas antigen), chatbot itu menjawab: “vaksin polio boleh didapati di poliklinik, klinik swasta dan klinik pelawat”.

Menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai petikan skrin itu, MOH akur bahawa pihaknya sedia maklum mengenai jawapan ‘bercelaru’ yang diberikan oleh chatbot itu dan sudah menghentikan sementara fungsi berkenaan semalam untuk membolehkan “pemeriksaan menyeluruh dan sedang berusaha untuk memperbaikinya”.

Menurut laman agensi teknologi kerajaan, GovTech, chatbot itu dilatih untuk menjawab pertanyaan dalam bidang-bidang tertentu, dengan setiap agensi mendapat versi tersendiri.

Ia menggunakan mesin pemprosesan bahasa semula jadi untuk memahami pertanyaan yang diajukan oleh orang ramai dan memberikan jawapan sesuai, menurut laman GovTech.-BH

Singapura ‘Rehatkan’ Jamie, Lain Tanya Lain Dia Jawab


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker