Tuan Angkat Kaki Lari, Babi Di Rumah Dibiar Kebuluran Lapar

Tuan Angkat Kaki Lari, Babi Di Rumah Dibiar Kebuluran Lapar

SEBERANG PERAI – Penduduk sebuah kawasan perumahan di Tasek Mutiara, Nibong Tebal di sini gusar selepas bekas penyewa sebuah rumah teres dua tingkat didakwa meninggalkan dua ekor babi peliharaan di dalam pagar rumah sejak Jun lalu.

Perkara itu bagaimanapun dikatakan hanya disedari penduduk sejak bulan lalu selepas ternampak haiwan berbulu hitam dan putih berkenaan.



Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ima berkata, mereka berasa kurang senang dengan situasi itu kerana mengotorkan persekitaran, apatah lagi haiwan berkenaan dibiarkan kelaparan sejak penyewanya berpindah keluar.

“Walaupun tidak setuju dengan tindakan membela babi di kediaman, tapi jiran terpaksa beri mereka makan kerana kasihan.

“Aduan telah dibuat kepada pihak pengurusan, tetapi haiwan itu masih berada di kawasan rumah itu sehingga kini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ima yang dua tahun tinggal di kejiranan itu berkata, dia difahamkan wakil Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah tampil ke rumah tidak berpenghuni itu semalam selepas menerima aduan.



“Saya difahamkan, notis saman dikeluarkan kepada pemilik rumah dan diberi tempoh tiga hari untuk pindahkan babi itu.

“Saya harap MBSP memindahkan haiwan itu sekiranya pemilik enggan berbuat demikian keranan ia menjejaskan kawasan kejiranan ini yang masyarakatnya majmuk,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tuan Angkat Kaki Lari, Babi Di Rumah Dibiar Kebuluran Lapar


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker