Raja Azura akhirnya berkahwin semula

Pelakon dan pengacara, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 51, dipercayai kembali bergelar isteri selepas 17 tahun hidup bersendirian.

Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku dilihat berkongsi video pada majlis pernikahan.

Namun, identiti jejaka yang berjaya menawan hati dan butiran majlis perkahwinan tidak didedahkan.



Bagaimanapun, Raja Azura hanya menulis kapsyen ringkas dalam laman Instagram (IG), malam tadi.

“Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

“Kepada yang selalu mendoakan, dari sendirian kini telah berdua. Terima kasih yang Allah,” tulisnya.

Hantaran dimuat naik ibu kepada tiga cahaya mata itu, malam tadi mengundang perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut, namun mendoakan perkahwinan keduanya bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.



Antara rakan artis yang meninggalkan ucapan di ruangan komen termasuklah Janna Nick, Mmi Flyy, Datuk Fizz Fairuz, Azza Elite, Aziz M Osman dan ramai lagi.

 

Raja Azura memuat video sekitar majlis pernikahannya dalam IG, malam tadi. - Foto IG Raja Azura
Raja Azura memuat video sekitar majlis pernikahannya dalam IG, malam tadi. – Foto IG Raja Azura

 

Seakan mengesahkan berita pernikahannya, bekas pengacara Melodi itu kemudiannya dilihat berkongsi sekeping foto berpakaian sedondon rona biru gelap, sambil memaut tangan suaminya yang turut disertakan emoji hati dalam IGs.



Sementara itu, penyampai radio, Sharifah Shahirah ketika dihubungi tidak tahu menahu mengenai pernikahan rakan baiknya.

“Saya tak tahu sebab tidak terima undangan,” jawabnya ringkas.

Sehingga kini, BH masih berusaha mendapatkan komen Raja Azura, namun mesej dan panggilan tidak dijawab.

Terdahulu, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.



Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker