Rais Hussin letak jawatan Pengerusi MDEC

Rais Hussin letak jawatan Pengerusi MDEC

Rais Hussin meletak jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Dalam kenyataan hari ini, katanya, beliau sudah memaklumkan Menteri Kewangan berhubung keputusannya meletak jawatan Ogos lalu.

Rais dilantik ke jawatan itu pada Jun 2020.

Peletakan jawatannya menyusul beberapa hari selepas beliau dikecam persatuan perkapalan atas kenyataannya merendah-rendahkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berhubung isu kabotaj.

Rais Husin, menyifatkan Wee sebagai “menteri dengan IQ setaraf kobis”.

Rais yang secara terbuka mengkritik keputusan kerajaan membatalkan pengecualian kabotaj bagi kapal asing menguruskan pembaikan kabel dasar laut, juga menyifatkan Wee tidak sepatutnya bercakap mengenai perkara berkenaan.

Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA); Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL), Persatuan Pemilik Kapal Sarawak dan Sabah (SSSA); Persatuan Pemilik OSV Malaysia (MOSVA); Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM); dan Persatuan Marin Industri Sarawak (SAMIN), membidas kenyataan Rais itu kerana dianggap serangan peribadi yang tidak wajar.

“Menteri kita adalah penjaga dasar kabotaj dan sangat mengetahui objektif serta keperluan dasar itu di negara ini,” kata Pengerusi MASA Abdul Hak Md Amin.

“Malaysia antara satu daripada 100 negara di dunia yang mengamalkan dasar berkenaan dan MASA berdiri teguh di belakang menteri dalam keputusan tegasnya bagi menjamin kedaulatan termasuk mempertahankan keselamatan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden MOSVA Safwan Othman, berkata komen Rais membuktikan “kejahilan terang-terangan dan sikap menghina”, sambil menegaskan isu kabotaj perlu diselesaikan secara damai.

Rais Hussin letak jawatan Pengerusi MDEC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker