Pasang bateri pada jantung Ebby Yus belum muktamad

Pasang bateri pada jantung Ebby Yus belum muktamad

Susulan saranan doktor menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung, pelakon dan pelawak, Ebby Yus yang turut berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit lain berkongsi, keputusan itu masih belum muktamad.

Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, keputusan hanya akan dibuat selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Jantung Hospital Serdang, Oktober ini.



“Kes jantung saya dirujuk ke Hospital Serdang. Saya ada temu janji dengan doktor, bulan depan. Keputusan sama ada perlu pasang bateri ataupun tidak pada jantung, semuanya bergantung kepada hasil ujian kesihatan yang bakal dijalankan.

“Berdasarkan penjelasan doktor, kekuatan jantung saya sekitar 27 peratus sahaja. Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan alternatif sejak Ramadan lalu, kekuatan jantung saya meningkat kepada lebih 30 peratus.

“Apapun, saya kena tunggu keputusan pemeriksaan kesihatan pada Oktober ini. Kalau perlu pasang bateri pada jantung, saya reda,” katanya.

Dalam pada menanti untuk menjalani prosedur itu, pelawak kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan itu turut memaklumkan perlu menjalani pembedahan membuang selaput pada bahagian mata yang menjejaskan penglihatannya.



“Sebenarnya saya mengalami masalah penglihatan kabur di kedua-dua mata. Sepatutnya pembedahan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun disebabkan ramai menunggu giliran, saya bercadang untuk membawa kes mata ini ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

“Setakat ini, belum ada sebarang tarikh lagi. Bagaimanapun, doktor ada maklumkan kos pembedahan sekitar RM600. Keadaan mata saya sangat teruk kerana ia menyukarkan saya membaca.

“Saya juga tak berani nak terima tawaran kerja luar disebabkan masalah mata.

“Bila buat penggambaran di luar, mata saya cepat silau hingga boleh menyebabkan masalah pening dan pitam,” kongsi pelakon yang terkenal dengan watak Pak Din dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK).



Meskipun berdepan masalah kesihatan kronik dan kudratnya tidak lagi segagah dahulu, namun itu bukanlah penghalang untuk Ebby terus mencari rezeki demi meneruskan kehidupan.

“Saya masih bekerja macam biasa. Cuma saya bekerja mengikut kemampuan diri. Tak bolehlah nak terlalu aktif seperti zaman sihat dahulu. Sekarang kebanyakan ‘job’ saya membabitkan dalam studio sahaja.

“Saya juga tak berani nak ambil tawaran kerja luar disebabkan masalah penglihatan kerana enggan menyusahkan sesiapa,” jelas Ebby.

Pada Februari lalu, Ebby dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), HKL selama beberapa hari kerana masalah jantung dan buah pinggang rosak. BH



Pasang bateri pada jantung Ebby Yus belum muktamad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam



Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)



Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker