Hempuk muka ke lantai, lagi kes dera di pusat asuhan

Hempuk muka ke lantai, lagi kes dera di pusat asuhan

Tular di media sosial hari ini mengenai satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak sebuah pusat asuhan di Cheras didera oleh guru sehingga mencetuskan rasa amarah dalam kalangan netizen.

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan dilihat telah dihempuk mukanya ke lantai oleh guru yang berada berhadapan si mangsa.



Difahamkan, ibu mangsa ada memohon untuk melihat kamera litar tertutup selepas anaknya merengek tidak mahu ke sekolah seperti kebiasaan.

Kejadian kes dera kena kat anak aku sendiri. Aku terduduk rasa nk pitam bila dpt tahu. Beraninya pusat jagaan tipu depan muka kami, Ya Allah.. Allah Maha Besar. aku bayar RM1300 per month utk keselesaan & keselamatan anak aku, bukan utk kau hempuk2 ank aku! Thread & video ? pic.twitter.com/9GNkDkXecq — Samudera.my (@MySamudera) September 5, 2023

Namun, permintaan si ibu ditolak namun dibenarkan setelah memohon kepada HQ pusat asuhan tersebut.

Malangnya saya hanya diberi tengok secara rawak macam tu je. Saya juga kecewa kerana mereka tidak melakukan penyiasatan secara menyeluruh selepas saya membuat laporan anak saya takut untuk ke sekolah.



Si bapa mangsa sebelum itu telah mengambil anak di tadika dan staff bernama Athirah memaklumkan anaknya, Rania telah dilanggar olehnya ketika bermain.

Setelah didapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan, si ibu mendesak untuk melihat rakaman litar tertutup sebelum mendapati anaknya telah dihempuk ke lantai di bahagian muka serta dicubit oleh si pelaku.

Katanya dia terlanggar anak kami dan Rania terjatuh sedangkan dia yang tolak kepala anak aku!

Rania kini dilaporkan sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan fizikal dan dalaman.



Hantaran asal si ibu kemudiannya didapati telah dipadam oleh Facebook kerana mengandungi unsur keganasan di video.

Perkongsian tersebut telah mencetuskan rasa amarah dan netizen berharap tindakan selanjutnya dapat diambil ibu bapa dan pihak berkuasa agar tiada lagi kejadian tidak diingini seperti itu berlaku di mana-mana pusat asuhan dan tadika kanak-kanak.

Hempuk muka ke lantai, lagi kes dera di pusat asuhan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri



Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker