Rapat diri dengan Allah

DATIN Lisa Surihani bahagia dan bersyukur dengan fasa kehidupannya sekarang.

Rapat diri dengan Allah

KEHIDUPAN setiap individu ada naik dan turunnya. Namun, setiap kali cabaran dan dugaan itu hadir, itu juga sekali gus akan jadi didikan buat diri kita untuk menjadi lebih baik.

Bagi pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani, cabaran dalam kehidupan sentiasa menjadi peringatan buat dirinya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah.



Berkesempatan bertemu dan mewawancara figura ini baru-baru ini, Lisa berkongsi pendapatnya tatkala diminta berkongsi mengenai kehidupan dan dugaan.

“Kalau kita rasa ada cabaran dalam kehidupan, pada saya ia bergantung kepada apa yang berlaku pada hari itu. Mungkin ia berlaku atas beberapa faktor.

“Untuk saya, saya selalu fikirkan bahawa kehidupan ini ada naik dan turunnya. Saya cuba tegaskan kepada diri saya bahawa, mungkin pada hari itu, saya tak dapat mengawal emosi saya dengan baik,” katanya.

Menurut selebriti berusia 37 tahun ini, dugaan yang diturunkan Allah adalah untuk mendidik hamba-Nya.



“Saya ingatkan diri saya bahawa Allah nak didik saya sesuatu. Apa yang kita lalui dalam kehidupan, ada qada dan qadar. Kita kena cuba beritahu diri kita, bagaimana nak rapatkan diri kepada Allah menerusi cabaran yang dilalui.

“Saya doakan agar, setiap apa yang berlaku kepada kita semua akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada kita,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupannya sebagai isteri dan ibu, Lisa yang juga isteri kepada pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim ini berkongsi pengalamannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata.

“Alhamdulillah, untuk kehidupan saya sebagai seorang ibu dan isteri, saya rasa sangat bersyukur. Anak-anak saya pun semakin membesar. Yahaira Leanne dah masuk tujuh tahun, Yusof Leonne sudah enam tahun dan Yunos Laith sudah dua tahun.



“Kadangkala, kita memikirkan mereka yang bekerja akan ada kurang masa dengan anak-anak. Tetapi, mungkin juga mereka yang bekerja ini, dapat masa yang lebih berkualiti dengan anak-anak mereka.

“Saya sangat bersyukur kerana rezeki kerja itu ada dan pada masa sama, masa untuk anak-anak pun ada. Itu juga rezeki,” katanya.

Namun, Lisa berkongsi perspektif berbeza selepas dia membaca satu hantaran yang dimuat naik seorang wanita bekerjaya di Instagram.

“Baru-baru ini saya ada baca satu hantaran di Instagram. Wanita itu meluahkan pengalamannya dari perspektif yang berbeza di mana dia sebagai wanita yang bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dapat mengoptimumkan masa yang berkualiti dengan anak-anaknya selepas pulang dari kerja.



“Bila difikirkan semula, ada betulnya juga dan ia tidak mustahil. Perspektif itu juga boleh difahami supaya mereka yang bekerja tidak diselimuti dengan stigma seperti sebelum ini.

“Dalam hantaran itu juga, wanita itu menjelaskan bahawa dia berhubung dengan lebih baik dengan anak-anaknya selepas waktu bekerja dan dapat mewujudkan perbualan berkualiti,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya lakonan, Lisa menyentuh mengenai ‘pencariannya’ agar rezeki yang diterimanya itu akan mendekatkan dirinya dengan Sang Pencipta.

“Saya bersyukur dengan keadaan kehidupan saya sekarang. Mengenai pasang dan surut tawaran kerja, itu semua daripada Allah. Saya bersyukur dan saya serahkan soal rezeki kepada Allah.



“Tapi, apa yang saya doakan adalah apa juga rezeki yang saya terima, biarlah halal. Biarlah ia rezeki yang membolehkan saya belajar, menjadi orang yang lebih baik, dekat dengan Allah dan dapat menginsafkan saya.

“Apa juga tawaran yang saya terima, dalam format apa sekalipun tidak kiralah lakonan atau pengacaraan, saya doakan ia berlandaskan semua yang saya beritahu,” katanya.

Terbaharu, Lisa kini menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dalam rancangan Innovathon, yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 15 Julai ini.

“Saya berbesar hati kerana dapat kembali bekerjasama dengan rakan pengacara yang pernah bekerja dengan saya lebih sedekad lalu iaitu Awal Ashaari. Keserasian antara kami sudah wujud, jadi tak sukar untuk kami mengacarakan program ini,” katanya.



Membariskan barisan juri yang terdiri daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang serta pelakon dan usahawan, Nur Fazura, Lisa menggambarkan hala tuju program itu yang kasual.

“Dalam perbincangan awal lagi, kami sudah berbincang dan memahami sedalam-dalamnya mengenai perimeter penyampaian sebagai pengacara. Kami perlu teliti mengenai sapaan kepada menteri-menteri yang membarisi barisan juri.

“Program ini bukanlah terlalu protokol dan sangat tegas, tetapi seimbang dan kasual. Namun, masih ada hormat antara kami selaku pengacara, dengan barisan menteri,” katanya.

Berkongsi serba sedikit mengenai program berkonsepkan inovasi itu, Lisa meluahkan rasa kagumnya dengan idea dan ilham daripada peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Sebagai seorang individu, apabila melihat pelbagai inovasi yang dihasilkan daripada orang dengan pelbagai latar belakang, saya rasa sangat kagum. Seronok apabila dapat peluang untuk duduk dan mendengar cerita mereka.

“Ada dalam kalangan mereka, diuji dengan sesuatu sekali gus Allah munculkan ilham untuk mencipta satu inovasi. Ada juga yang berjuang dalam kehidupan dengan sesuatu, sekali gus perjuangan itu mencipta ilham buat mereka untuk berinovasi. Ada juga yang memang pakar dalam sesuatu yang mereka inovasikan,” katanya. HM

Rapat diri dengan Allah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker