Shah Rukh Khan lakukan pembedahan di Amerika Syarikat kerana terlibat dalam kemalangan
Shah Rukh Khan lakukan pembedahan di Amerika Syarikat kerana terlibat dalam kemalangan
SUPERSTAR Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan telah menjalani pembedahan membetulkan bahagian hidungnya selepas didakwa mengalami kecederaan sewaktu penggambaran baru-baru ini.
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Beliau kemudian melakukan pembedahan hidung di sana, lapor Hindustantimes.com.
Aktor itu juga sebab dirakamkan dalam keadaan mempunyai pembalut pada bahagian hidungnya.
“SRK menjalani penggambaran di Los Angeles untuk sebuah projek dan dia telah mengalami kecederaan pada bahagian hidung.
“Hidung beliau mengalami pendarahan sebelum dikejarkan ke hospital.
“Namun doktor memaklumkan kepada timnya kecederaan yang dialami tidak begitu teruk kecuali perlu menjalani pembedahan kecil pada bahagia hidung,” ujar satu sumber kepada ETimes.
SRK atau digelar King Khan bagaimanapun kini selamat berada di India.
Sehingga artikel ini ditulis, pihak SRK atau bintang itu sendiri belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai laporan yang dikeluarkan.
Untuk rekod, ini bukan kecederaan pertama yang dialami SRK sewaktu bekerja.
Sepanjang 31 tahun menjadi anak seni, beliau telah menjalani beberapa pembedahan kerana kecederaan sewaktu bekerja.
Ini termasuklah kecederaan pada bahagian lutut yang memerlukannya melakukan pembedahan sewaktu membintangi filem Raees pada tahun 2017.
Pada 2013, SRK telah menjalani lapan kali pembedahan selepas terbabit dengan filem Chennai Express. Gempak
Shah Rukh Khan lakukan pembedahan di Amerika Syarikat kerana terlibat dalam kemalangan
Baca Artikel Menarik:
- Fouziah Gous nafi ‘cuci duit’
- Founder dakwa penyanyi dan pengasas kosmetik pinjam RM150,000 liat bayar hutang
- MP PAS dakwa tiket bas ke Kelantan habis, laman web tunjuk masih ada
- Punca Coco Lee bunuh diri
- Mahathir, Muhyiddin ‘bersekongkol’ untuk jaga harta mereka – Anwar
- ‘Mengapa Pilih Saya? Iqbal Putih, Saya Hitam’ – Inspektor Sheila
- Ira Kazar ‘UP’ Foto Terbaru Di Instagram Selepas Selesai Kes Saman Puteri Sarah
- Elok Annuar Musa ajak anak masuk PAS
- DBP tegur Tengku Zafrul salah eja ‘insya-Allah’
- Mahathir kecam kembali bidasan Syed Saddiq
- 2 jam menunggu, suri rumah kecewa tidak boleh buka akaun bank
- Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang
- Lelaki ‘lunyai’ dibelasah pasukan pengawal timbalan presiden
- Belum sempat ‘bersama’, pengantin perempuan meninggal dunia selepas dinikahkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET