Aliff Muhaimin terpikat kecantikan isteri

Aliff Muhaimin terpikat kecantikan isteri

Pelakon Aliff Muhaimin, 28, bergelar suami kepada Nur Fatin Alissa Azam, 22, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor, pagi tadi.

Aliff atau nama sebenarnya, Aliff Muhaimin Abdul Rahman dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Azam Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid Al Ehsan Sungai Serai, Hulu Langat, Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.



Aliff berkata, pertemuan dan keserasiannya bersama Alissa yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau sudah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.

“Perkenalan bermula di Instagram (IG). Pada awalnya, saya cuba mendekati Alissa kerana jatuh hati pada wajahnya yang sangat cantik dan manis.

“Apa yang membuatkan saya lagi jatuh hati apabila mula bersembang dan Alissa cukup memahami saya. Kalau saya buat lawak hambar, dia rasa kelakar.

“Dia juga membuatkan saya lebih bersemangat untuk menempuh hari mendatang. Saya rasa gembira bila disamping Alissa.



“Alissa tunjuk rasa cinta dan hargai diri saya,” kata Aliff yang juga juara program pencarian bakat, Hero Remaja 2017/2018.

Pada masa masa, Aliff mengakui, dia sudah bersedia menggalas tugas sebagai suami di samping menzahirkan rasa syukur apabila urusan penyatuan dipermudahkan, hari ini.

“Kini, saya sudah bersedia bergelar suami. Saya tahu kalau mahu jaga diri sendiri pun susah, inikan pula mahu jaga anak orang. Namun, saya sedia korbankan segala-galanya demi kebahagiaan isteri.

“Cinta itu hadir daripada Allah. Saya bertuah kerana perancangan mendirikan rumah tangga dipermudahkan sejak awal,” katanya. BH



Aliff Muhaimin terpikat kecantikan isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker