Suami isteri maut nahas Myvi, treler simen

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang remuk teruk selepas terbabit nahas dengan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik.-IHSAN JBPM

GERIK – Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 1 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nasir, 51, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari Perlis ke Kelantan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota dari BBP Gerik diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kemalanmgan pada pukul 1.10 petang membabitkan kereta Perodua Myvi dan sebuah treler muatan simen.



“Terdapat enam mangsa terlibat dalam nahas itu dan dua daripada mereka disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kedua-dua mangsa tidak tersepit, anggota membawa keluar mayat mereka dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 2.45 petang,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker