Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
Sumber KDN berkata, jam tangan itu dirampas kerana huruf ‘LGBTQ’, bukan sebab tema pelanginya.
Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
Jam tangan Swatch yang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal bulan ini tertera huruf “LGBTQ” di permukaan jarumnya, menurut sumber kementerian itu.
Sumber itu memberitahu FMT, pihak berkuasa hanya merampas jam tangan yang mengandungi huruf berkenaan.
LGBTQ merujuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.
“Kami merampas ratusan jam tangan dan semuanya mempunyai huruf ‘LGBTQ’ pada permukaan (jarum) jam.
“Kami tidak merampas jam tangan itu kerana ia mempunyai warna pelangi. Jika itu berlaku, kami perlu merampas aiskrim Paddle Pop,” kata sumber dalaman yang enggan dinamakan itu.
Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung “Koleksi Pride” jenama itu.
Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran.
Serbuan itu dilaporkan berlaku selepas warganet mengaitkan koleksi itu dengan sokongan kumpulan rock British, Coldplay terhadap LGBT.
Jumaat lalu, Malay Mail memetik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek sebagai berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.
Beliau mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menyatakan jam tangan itu dirampas kerana unsur LGBT, mendapat maklumat salah dan tiada rujukan mengenai LGBT dipaparkan pada permukaan jarum jam tangan itu.
KDN enggan memulangkan jam tangan yang dirampas dalam serbuan itu.
Hayek dilaporkan berkata, syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula jam tangan “Pride Collection”. FMT
Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf LGBTQ, kata sumber
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)
You must be logged in to post a comment.