Warga emas maut terjun tingkat 8 pusat beli-belah

Warga emas maut terjun tingkat 8 pusat beli-belah

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas maut selepas terjun dari tingkat lapan tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.

Sebelum kejadian, lelaki berkenaan dilihat berlegar-legar dan duduk menghisap rokok di kawasan tempat letak kenderaan pusat beli belah berkenaan.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan tidak menemukan sebarang pengenalan diri.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu membabitkan lelaki berusia lingkungan 60 sehingga 70-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Tiada sebarang pengenalan diri ditemukan pada lelaki ini. Kita masih kesan ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, beliau memohon agar mana-mana individu kehilangan bapa atau saudara mara lelaki untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.



“Mayat mangsa akan dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat,” jelasnya. K Online

Warga emas maut terjun tingkat 8 pusat beli-belah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker