Dibaham 40 buaya

Dibaham 40 buaya

Phnom Penh: Lelaki maut dipercayai dibaham 40 buaya selepas terjatuh ke dalam kandang reptilia itu di ladang milik keluarganya, pada Jumaat, kata polis.

Lelaki berusia 72 tahun itu cuba mengeluarkan seekor buaya dari sangkar tempat ia bertelur, namun reptilia itu mencengkam kayu yang digunakannya dan menarik warga emas itu ke dalam kandang.

Kumpulan reptilia itu kemudian mengepung lelaki terbabit, dan mengoyakkan tubuhnya menyebabkan kandang konkrit di sebuah ladang di Siem Reap itu dipenuhi darah.

“Ketika dia cuba mengeluarkan seekor buaya yang sedang bertelur dari sangkar, buaya itu menyerang kayu dipegang menyebabkan dia terjatuh ke dalam kandang itu,” kata Ketua Polis Siem Reap Mey Savry kepada AFP.

“Kemudian buaya lain menerkam, dan menyerangnya sehingga dia mati,” katanya sambil menambah mayat lelaki itu dipenuhi kesan gigitan.

Katanya, sebelah tangan lelaki itu putus dan ditelan buaya.

Pada 2019, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dibunuh dan dimakan buaya ketika merayau-rayau di ladang reptilia keluarganya di kampung sama, kata ketua polis.

Terdapat beberapa ladang buaya di sekitar Siem Reap, bandar pintu masuk ke Angkor Wat.

Reptilia itu dipelihara untuk telur, kulit dan dagingnya serta penjualan anak buaya. HM

Dibaham 40 buaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker