Madu Miera Leyana tak tahu apa-apa

Madu Miera Leyana tak tahu apa-apa

Madu pelakon Miera Leyana, iaitu Adibah Abdul Mutalib, 50, tidak tahu menahu apa yang diulas netizen atau sesiapa pun sehingga suami, Rosland Othman, 50, membuat permohonan injunksi terhadapnya.

Adibah berkata, dia tidak pernah kenal dengan pihak yang menulis komen-komen itu, apatah lagi mengarahkan mereka bertindak sedemikian.



“Sebenarnya, saya tak tahu apa-apa pun mengenai apa yang orang komen, apa yang orang buat (dalam media sosial). Saya tak ada kuasa, saya tak kenal pun orang yang komen itu.

“Bukan saya yang suruh orang (netizen) komen pun. Kalau boleh, tolong jangan komen sebab kita tak nak mencetuskan pihak sana marah,” katanya ditemui di Kompleks Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding injunksi dimohon Rosland di sini, hari ini.

Difahamkan, permohonan injunksi itu dibuat Rosland bagi menghalang Adibah, keluarga, rakan-rakan dan ‘agen-agen Adibah’ daripada membuat sebarang kenyataan dalam mana-mana platform sekali gus memberikan gangguan kepada dirinya.

Adibah tetap dengan prinsip berada di pihak benar dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Katanya, surat permohonan injunksi daripada suaminya diterima pada 18 Mei lalu.



“Saya okay sahaja sebab kita bukan di pihak yang bersalah. Apapun, saya harap kes kami ini dapat diselesaikan dengan baik. Tak payah panjang-berpanjangan sebab kita pun nak jaga air muka,” katanya sambil menyatakan tidak perlu takut jika bercakap benar.

Terdahulu, prosiding injunksi dilakukan di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Fouzi Mokhtar.

Rosland yang tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana kurang sihat, diwakili peguam, Nurul Balqis Nordin dari Amli & Associates manakala Adibah diwakili Md Taufeq Al Amin Sahri.

Sehubungan itu, sebutan permohonan injunksi menghalang Adibah dibuat Rosland ini dibawa kepada tarikh baharu, Jun depan. Keputusannya akan diputuskan mahkamah pada 24 Julai depan.



Sebelum ini, Rosland memfailkan permohonan cerai terhadap Adibah pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Media melaporkan Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020. BH

Madu Miera Leyana tak tahu apa-apa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa



Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker