Tonga dilanda tsunami, tiada ancaman kepada Malaysia

Tonga dilanda tsunami, tiada ancaman kepada Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut yang berlaku di perairan Tonga pada tengah hari semalam.

Menurut Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keputusan dibuat berdasarkan kepada pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut serta boya antarabangsa dan tempatan serta maklumat yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP).



“MetMalaysia akan sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian itu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari masa ke masa.

“Sila dapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini menerusi media sosial dan laman web rasmi MetMalaysia atau di aplikasi myCuaca,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaharu, tsunami melanda pulau terbesar Tonga, Tongatapu dan menghamburkan ombak ke ibu kota negara kepulauan berkenaan selepas sebuah gunung berapi dasar laut meletus dengan memuntahkan awam abu dan gas ke udara. K Online

Tonga dilanda tsunami, tiada ancaman kepada Malaysia




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli



Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker