Melaksanakan PRN Johor adalah satu tanggungjawab – Khaled

Melaksanakan PRN Johor adalah satu tanggungjawab – Khaled

Seorang lagi pemimpin kanan Umno membayangkan kecenderungannya untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dan umum (PRU) ketika sesetengah pihak berpendapat sebaliknya.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata PRN dan PRU perlu diadakan segera kerana kerajaan yang ada sekarang “diugut” oleh pembangkang.

Mengulas mengenai kenyataan dibuat Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Khaled berkata tiada kerajaan yang boleh diugut pada setiap masa dan keadaan.

“Mengadakan PRN Johor bukan tindakan tidak bertanggungjawab. Malah, inilah sebenarnya tanggungjawab.

“Kita mesti mengembalikan mandat kepada rakyat apabila kerajaan berada dalam kedudukan yang terlalu rapuh dan tidak stabil, bukannya terus-menerus berkeras bahawa kita mempunyai kuasa apa lagi bila terpaksa meminta sokongan pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khabar angin mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan dibubarkan semakin bertiup kencang ketika orang ramai masih berdepan dengan ancaman Caovid-19 ketika ini.

Sebelum ini beberapa pihak sudah membayangkan kemungkinan berlaku PRN, termasuk Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil. Dia menjangkakan PRN itu adakan diadakan antara tiga hingga empat bulan akan datang.

Terpulang kepada Johor

Ia berlaku ketika kerajaan Johor mentadbir negeri itu dengan kelebihan satu kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH).

Semalam The Star memetik kenyataan Salahuddin yang menyatakan mereka akan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika PRN Johor diadakan sekarang.

Untuk rekod kerajaan pusat dan PH menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) pada 13 Sept tahun lalu bagi melaksanakan transformasi dan kestabilan politik.

Melalui MOU itu kerajaan pusat dijamin tidak akan digugat – seperti yang berlaku sebelum ini dan menyaksikan pertukaran jawatan perdana menteri – dan parlimen pula tidak akan dibubarkan sehingga 31 Julai tahun ini.

Kata Salahuddin, keadaan semasa tidak sesuai untuk diadakan PRN kerana, selain ancaman Covid-19, penduduk di Johor juga baru saja mengalami banjir besar.

Sebelum ini Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata semua orang tahu jika PRN diadakan sekarang, ia akan memberi kelebihan yang besar kepada kerajaan.

Khaled berkata menganggap tanggungjawab dan fokus kerajaan terhadap kebajikan rakyat akan terabai jika PRN diadakan adalah salah.

“Telah ada lebih 90 negara melaksanakan pilihan raya semasa pandemik. PRN Melaka dan PRN Sarawak juga semuanya dijayakan semasa pendemik.

“Apa yang terhasil ialah kestabilan dan pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil serta tiada penularan wabak yang serius,” katanya.

Bekas menteri besar Johr itu juga mendakwa kenyataan Salahuddin itu bukan disebabkan kepentingan rakyat sebaliknya kerana Amanah bimbang menghadapi PRN.

“Sama ada perlu atau tidak PRN Johor adalah sesuatu yang terpulang kepada budi bicara kerajaan Johor dan Istana Johor.

“Segala ugutan dan ancaman daripada PH bukan faktor penentu untuk membubar PRN,” katanya. Mk

Melaksanakan PRN Johor adalah satu tanggungjawab – Khaled


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker