Selangor wajar adakan sidang khas DUN bincang isu banjir – Noh

Selangor wajar adakan sidang khas DUN bincang isu banjir – Noh

UMNO Selangor menyarankan kerajaan negeri itu memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membincangkan hal berkaitan banjir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Tan Sri Noh Omar berkata, kalau kerajaan pusat boleh memanggil sidang khas Parlimen pada 20 Januari ini, kenapa Selangor tidak boleh berbuat perkara yang sama.

“Isu banjir ini penting. Perlu dibincang dan cari kaedah terbaik untuk mengatasi bencana itu pada masa akan datang.

“Walaupun negeri lain juga dilanda banjir seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah tetapi bencana itu tidak seteruk dan seburuk Selangor.

“Apakah puncanya. Itu yang perlu dipanggil sidang khas DUN supaya dapat cari jalan penyelesaian. Bagaimana kerajaan negeri lain boleh atasi, kita (Selangor) tak boleh atasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di Kompleks KPPMS Seksyen 3 di sini hari ini.

Noh menyifatkan kegagalan kerajaan negeri menangani masalah banjir baru-baru ini kerana mereka tidak bersedia, malah mungkin tidak menjangka bencana itu lebih buruk. MG

Selangor wajar adakan sidang khas DUN bincang isu banjir – Noh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker