Kes gangguan seksual hakim, polis rakam keterangan Lokman lusa

Kes gangguan seksual hakim, polis rakam keterangan Lokman lusa

Polis akan merakam keterangan Datuk Lokman Noor Adam pada 18 Januari ini untuk membantu siasatan dakwaan memfitnah dan mengaibkan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerusi video di media sosial.

Bagaimanapun tempoh masa proses mengambil percakapan daripada Presiden Laskar Siber Malaysia itu belum ditetapkan lagi, kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.



Menurutnya, polis masih menunggu maklumbalas daripada Lokman untuk mendapatkan pengesahan waktu kehadirannya ke IPD Sepang.

“Untuk makluman, Lokman Adam akan datang (IPD Sepang) pada Selasa 18 Januari 2022.

“Dia sendiri akan mengesahkan balik kepada polis nanti (waktu kehadiran),” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Polis terima laporan balas daripada hakim berkait kes gangguan seksual
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bila Lokman akan dipanggil polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.



Semalam, Wan Kamarul Azran mengesahkan pihaknya berjaya mendapatkan perintah untuk siasat (OTI) kes itu selepas dirujuk daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. MG

Kes gangguan seksual hakim, polis rakam keterangan Lokman lusa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker