Tukang Urut Rakam Video Pelanggan Bogel, Sorok Kamera Dalam Bilik Terapi

Tukang Urut Rakam Video Pelanggan Bogel, Sorok Kamera Dalam Bilik Terapi

PERBUATAN seorang tukang urut yang merakam aksi pelanggannya sedang berbogel akhirnya terbongkar.

Tamas Dominko, 35, kantoi selepas pelanggan tersebut menyedari dia menyebunyikan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat rakaman video.

Kejadian tersebut berlaku pada Julai tahun lalu.

Menurut pendakwa kes berkenaan, mangsa menyedari peranti tersebut diletakkan di atas rak ketika dia sedang diurut lelaki tersebut.

“Ia membuatkan saya rasa terkejut dan tak selamat. Saya tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan hal itu ketika sedang diurut.

“Saya sedar sedang dirakam ketika diurut. Namun saya tak terdaya nak buat apa-apa. Saya berada di dalam bilik bersama Tamas. Saya risau apa-apa akan berlaku,” ujar mangsa dalam satu kenyataan.

Selepas dibicarakan, Dominko, dari Teddington, London, mengaku bersalah dan dikenakan hukuman selama 12 bulan.

Selain mengikuti program bagi pesalah seks, dia juga perlu menjalani kerjay komuniti selama 100 jam tanpa bayaran. – Mail Online

Tukang Urut Rakam Video Pelanggan Bogel, Sorok Kamera Dalam Bilik Terapi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker