Riena ‘mengamuk’ dengan penyondol

Penyondol jangan harap dapat layanan sama - Riena Diana

Riena ‘mengamuk’ dengan penyondol

Riena 'mengamuk' dengan penyondol
Riena ‘mengamuk’ dengan penyondol

Pelakon jelita, Riena Diana terkesan atas beberapa konflik rumah tangga dilalui oleh segelintir selebriti tanah air.

Aktres drama komedi Kampung People ini berkata perkara tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada dirinya untuk tidak meletakkan harapan dalam hubungan yang tidak kira masa boleh terlerai.

“Tidak dinafikan, ada sedikit rasa takut dalam diri saya. Apa yang jadi sekarang ini buat saya fikir hubungan saya akan jadi ke.



“Malah, masa bercinta pun ada pasang surutnya, apatah lagi bila sudah berkahwin, akan setia dengan orang itu sahaja.

“Tetapi saya rasa kalau betul kita jumpa pasangan terbaik dan dia sanggup lalui susah senang bersama, insya-Allah kekal dan saya percaya pada jodoh.


Baca Artikel Menarik:

Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam



“Walaupun mungkin berpisah kita kena percaya itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Saya rasa berserah saja, sebab kalau takut sangat nanti tidak kahwin pula..,” ujarnya.

Di kesempatan itu, Riena yang pernah diuji dalam hubungannya bersama kekasih hati, Nik Afiq turut memberi pandangannya mengenai isu hangat iaitu penyondol rumah tangga.

Menurut Riena, pihak ketiga atau penyondol adalah individu yang paling banyak makan hati dalam rumah tangga.

“Kahwin dua atau tiga memang orang kata tidak salah. Cuma bila sudah ambil hak orang itu, kena merendah diri sikitlah sebab kita pun sudah ambil hak orang.



“Kena sedar diri siapa, tempat dimana. Kena lebih banyak bersabar dan bertoleransi dengan isteri nombor satu.


Baca Artikel Menarik:

Uqasha terpaksa lawan ketakutan

 



“Jangan kita sudah ambil hak orang lepastu kita pula mahu lebih-lebih. Itulah antara tips kalau nak jadi penyondol sebab saya rasa nombor dua ini kena banyak makan hati sikit.

“Kalau kena maki pun, kena sabar je sebab sudah ambil hak orang kan. Tidak boleh banyak mulut, dan kita kena tahu bila sudah jadi nombor dua, jangan harap akan dapat perkara atau layanan sama seperti isteri nombor satu,” ujarnya. BH

2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]



Riena ‘mengamuk’ dengan penyondol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker