Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja

Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat menitikberatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja di bawah syarikatnya.

Selain Siti Nurhaliza Production (SNP) yang menguruskan kariernya, Siti juga mempunyai beberapa aset perniagaan lain iaitu SimplySiti (kosmetik), Beausiti (minuman kesihatan) dan Afiya (tudung).

Jelas pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini, sebagai majikan dia tidak memandang remeh mengenai kebajikan pekerjanya.

“Sebagai majikan, kita kena hargai pekerja dan hak seseorang itu penting kerana titik peluh mereka.

“Saya tak pandai dan tak nak memandai bercakap. Tapi, saya percaya kita kena ikut peraturan dengan cara syarikat berfungsi dan beroperasi.

“Mungkin ada terlepas pandang atau mempercayai pihak lain yang buat kerja.

“Sebab bila jadi bos tidak semua kita kena urus. Sebab itu, kita ada staf seperti bahagian Sumber Manusia. Semoga ini jadi pengajaran,” katanya lagi.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Beausiti di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, heboh mengenai dakwaan mengatakan usahawan dan pelawak mengabaikan caruman KWSP untuk pekerjanya. BH

Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker