Tiada kelebihan jadi anak Najib dalam pemilihan Umno – Nazifuddin

Tiada kelebihan jadi anak Najib dalam pemilihan Umno – Nazifuddin

Mohd Nazifuddin Najib tidak menganggap kedudukan sebagai anak bekas perdana menteri Najib Razak akan memberikan laluan mudah kepadanya memenangi jawatan naib ketua pemuda Umno.

Beliau mengakui sudah menjadi kelaziman dalam setiap pertandingan ada kemungkinan kalah atau menang.



“Tak kisah anak Najib atau tidak, masih ada kemungkinan untuk kalah atau menang, jadi saya menghormati proses pemilihan…jadi saya kena kerja lebih kuat untuk mendapat sokongan,” katanya menurut Bernama.

Mohd Nazifuddin akan berdepan Ikmal Hazlan Ikmal Hisham, Mohd Hairi Mad Shah, dan Muhammad Farhan Khairuddin untuk jawatan
naib ketua Pemuda Umno pada Pemilihan Umno 2023-2026.

Selain itu, beliau juga bertanding jawatan ketua Umno Langkawi.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda Umno Hasmuni Hassan berkata tiga calon bagi jawatan ketua Pemuda Umno sudah mengesahkan pencalonan pada pemilihan itu.



“Setakat ini, tiga calon iaitu Dr Muhamad Akmal Saleh, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan Meor Hassan Mat Ali mengemukakan borang pencalonan bagi merebut jawatan ketua Pemuda UMNO,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi calon iaitu Armand Azha Abu Hanifah difahamkan akan menghantar borang pencalonan hari ini.

Pemilihan Umno diadakan bermula pada 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan Umno Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan ialah dari 1 Feb hingga 26 Feb ini.

Selain itu, mesyuarat perwakilan dan pemilihan jawatankuasa wanita Umno, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama pemilihan Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri Umno Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.



Mesyuarat perwakilan dan pemilihan jawatankuasa Umno Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. FMT

Tiada kelebihan jadi anak Najib dalam pemilihan Umno – Nazifuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker