Portugal haramkan majikan hubungi pekerja selepas waktu pejabat

Portugal haramkan majikan hubungi pekerja selepas waktu pejabat

LISBON, PORTUGAL – Kerajaan Portugal meluluskan undang-undang baharu yang mengharamkan majikan untuk menghantar pesanan ringkas kepada pekerja selepas waktu bekerja, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Bukan sekadar itu, majikan bahkan perlu membayar perbelanjaan yang perlu ditanggung pekerja disebabkan sistem bekerja dari rumah.

Menurut parti pemerintah, Parti Sosialis, peraturan baharu yang diluluskan oleh parlimen negara itu pada Jumaat lalu merupakan maklum balas kepada isu-isu dihadapi pekerja ketika pelaksanaan bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19.

Di bawah undang-undang baharu itu, syarikat perlu membayar perbelanjaan yang dikenakan akibat bekerja dari rumah seperti bil elektrik dan internet yang tinggi.

Majikan juga boleh dikenakan penalti sekiranya menghubungi pekerja selepas waktu bekerja.

Undang-undang baharu itu juga melarang majikan daripada mengawasi pekerja mereka ketika bekerja dari rumah.

Portugal adalah negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan bekerja dari rumah disebabkan wabak Covid-19.

Walaupun bekerja dari rumah memberikan fleksibiliti kepada sebahagian besar penduduk, namun keperluan campur tangan kerajaan menjadi jelas disebabkan isu seperti ketidaksamaan akses internet. K Online

Portugal haramkan majikan hubungi pekerja selepas waktu pejabat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker