Bekas pemimpin Israel gesa dunia pulaukan Netanyahu

Bekas pemimpin Israel gesa dunia pulaukan Netanyahu

TEL AVIV: Ribuan warga Israel terus membanjiri jalanan bagi membantah perancangan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk merombak sistem kehakiman, malah bekas peneraju rejim Zionis turut menggesa pemimpin dunia memulaukan beliau.

Bukan itu saja, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman yang juga dua sekutu paling rapat Israel, meminta Netanyahu memperlahankan tindakannya. Desakan terhadap Netanyahu dan untuk campur tangan antarabangsa yang jarang berlaku itu menyaksikan kemelut berkenaan semakin buruk.



Ehud Olmert yang menyandang jawatan Perdana Menteri Israel dari 2006 hingga 2009, menegaskan pemimpin global harus menolak untuk bertemu Netanyahu.

Beliau sekali gus meminta secara khusus kepada Perdana Menteri British, Rishi Sunak yang dijangka menerima kunjungan Netanyahu dalam beberapa minggu akan datang.

“Saya menggesa pemimpin negara-negara rakan kepada Israel, supaya tidak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel itu,” katanya kepada The Associated Press.

Pentadbiran Netanyahu sedang meneruskan perancangan merombak sistem kehakiman yang didakwa bertujuan melemahkan Mahkamah Agung Israel dan memberi mereka kuasa untuk mengawal pelantikan hakim.



Netanyahu mendakwa, pelan itu akan memperbetulkan ketidakseimbangan yang dikatakannya telah memberi mahkamah terlalu banyak pengaruh berhubung cara Israel ditadbir.

Bagaimanapun, pengkritik sebaliknya mendakwa rombakan dirancang itu bakal menjejaskan sistem semak dan imbang serta memberi terlalu banyak kuasa kepada Perdana Menteri. Selain itu, mereka berpandangan Netanyahu yang sedang berdepan perbicaraan atas pertuduhan rasuah, akan terlepas daripada pengadilan apabila sistem mahkamah dirombak.

Rabu lalu, Presiden Israel, Isaac Herzog, dilapor menawarkan cadangan kompromi berhubung isu berkenaan tetapi ia segera ditolak Netanyahu yang menyifatkan pakej itu sebagai ‘berat sebelah’ serta memihak kepada lawannya.

Mengulas lanjut, Olmert sedar bahawa selaku bekas Perdana Menteri Israel, gesaannya berhubung tindakan terhadap Netanyahu itu adalah ‘agak luar biasa’, namun ia diperlukan susulan keadaan kini.



“Saya berpandangan kerajaan yang mentadbir Israel ketika ini bersikap anti-Israel.

“Sesiapa yang menyokong Israel perlu menentang Perdana Menteri Israel itu,” katanya.

Beliau menempelak pentadbiran Netanyahu yang membabitkan gabungan pelampau kanan meliputi pakatan parti ultra-Ortodoks dan ultranasionalis yang menentang kemerdekaan Palestin serta menyokong penambahan pembinaan penempatan haram di kawasan dituntut Palestin.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, baru-baru ini menggesa sebuah perkampungan Palestin di Tebing Barat ‘dihapuskan’, namun kemudian memohon maaf atas kenyataan itu yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.



Setakat ini, jurucakap Netanyahu, tidak memberi maklum balas kepada permintaan untuk komen. BH

Bekas pemimpin Israel gesa dunia pulaukan Netanyahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker