Kes tembak isteri: Mahkamah tolak permohonan Lans koperal mohon ziarah kubur selepas didakwa

KANGAR – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar pada Jumaat atas pertuduhan membunuh isterinya 5 Mac lalu.

Mohamad Nizarman Hassim, 27, bagaimanapun hanya menjawab faham selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret, Ana Rozana Mohd Nor, dan tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Nizarman didakwa membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di sini, sekitar jam 6.45 hingga 8.50 pagi.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Nordin memohon mahkamah untuk mempertimbangkan supaya tertuduh dihantar ke hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh.

Sementara itu, suasana di dalam mahkamah menjadi sayu sebaik tertuduh hendak dibawa keluar apabila dia merayu kepada Majistret untuk memberi kebenaran menziarahi kubur isterinya.

Permintaannya bagaimanapun tidak dibenarkan oleh Majistret.

Dalam kejadian 5 Mac lalu, suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh isterinya yang ketika itu hamil lima bulan.

Suspek dipercayai melepaskan lima das tembakan pada jarak dekat dengan salah satu tembakan terkena mata kiri mangsa mengakibatkan wanita itu maut di tempat kejadian. – Awani

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker