Dipinggirkan Raihan, Nazrey Johani kini berhenti berharap

 

KUALA LUMPUR – Tidak diundang menyertai Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati pada Februari lalu menjadi isyarat kepada bekas anggota kumpulan itu, Nazrey Johani untuk meletakkan noktah supaya berhenti berharap.

Penyanyi itu meminta selepas ini jangan lagi ada yang mempersoalkan tentang kemunculan bersama seperti dahulu kerana secara tidak langsung semua kemusykilan selama ini sudah terjawab.



“Kenapa tidak dijemput? Entahlah, jangan tanya lagi. Serahkan sahaja kepada Allah. Biarlah, belum masanya jadi (kemunculan bersama),” katanya kepada Kosmo! Online.

Bukan terkilan, akuinya yang berundur daripada Raihan pada 2006, perasaan dialaminya lebih kepada kerinduan terhadap rakan seperjuangan iaitu Abu Bakar Mohd. Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.

“Dahulu mungkin saya mengharap. Tentu saja bukan harapan saya seorang, tetapi juga peminat yang ingin melihat kami sepentas atau bersahabat macam dulu.

“Kalau beberapa kali harapan itu tidak dipedulikan, maka berhentilah mengharap. Kita letakkan sahaja harapan kepada Allah, itu lebih baik.



“Sebenarnya kita harap bererti kita sayang, rindu. Macam orang bergaduh, berharap lagi nak berbaik. Saya tunggu mesej dalam WhatsApp, jikalau ada baguslah.

“Tiada istilah terkilan. Sebetulnya, sakit itu pun indah. Macam orang rindu, indah sebenarnya,” luahnya yang ditemui selepas Konsert Saujana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi.

Mendedahkan kali terakhir pertemuan dengan Abu Bakar ketika menziarahinya yang sakit beberapa tahun lalu, semua yang berlaku dianggap Nazrey sebagai ujian.

Pun begitu, itu tidak bermakna dia ingin memutuskan terus persahabatan yang terjalin sejak sama-sama memperjuangkan misi Raihan bermula pada tahun 1996.



“Satu perkara yang kita faham, kehendak Allah itu baik. Apa yang kita rasa tidak baik tetap kehendak Allah. Semuanya bagi saya sebagai keindahan dalam perjuangan.

“Belajarlah untuk terima kehendak Allah. Saya sendiri pun belajar. Saya tetap akan bekerjasama kalau diberi peluang pada masa akan datang.

“Kita pun kena faham. Ini membabitkan hati orang, bukan hati kita. Pemikiran mereka bukan pemikiran kita. Jadi kita tak boleh tentukan keputusan orang lain,” ucapnya sarat makna tersirat.

Turut mengimbas momen ketika keakraban mereka seperti saudara sedarah, kata Nazrey lagi, anaknya juga selalu dikendong rakan lain mereka ketika kecil.



“Masih basah memori waktu susah senang kami dulu dan tidak ketinggalan kenangan kedekatan ukhwah antara keluarga,” katanya yang berkongsi detik akhir penyatuan mereka menerusi catatan dalam blog Nazrey Raihan Official

Pada Konsert Saujana 25 Tahun semalam, Nazrey yang dijemput sebagai artis undangan menyampaikan dua buah lagu secara solo, Iman Mutiara dan Sesungguhnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker