Wanita Korea naik hantu tikam 3 orang dalam kereta api bawah tanah

Seorang wanita berusia 37 tahun yang dituduh mencederakan tiga orang menggunakan pisau di dalam sebuah kereta api bawah tanah memberitahu polis bahawa dia bertindak demikian kerana seseorang  memanggilnya dengan perkataan ‘ajumma’, lapor portal berita Korean Herald semalam.

Tertuduh yang identitinya dirahsiakan, didakwa mencederakan dua wanita berusia dalam lingkungan 60-an dan seorang lelaki berusia 50-an di dalam kereta api bawah tanah menuju ke Stesen Jukjeon di bandar Yongin, Wilayah Gyeonggi.

Menurut polis, ketika berada di dalam kereta api bawah tanah, tertuduh sedang bercakap melalui telefon apabila salah seorang daripada dua wanita itu meminta dia merendahkan suaranya dan memanggilnya ‘ajumma,’ sekali gus menyinggung perasaannya.

Walaupun perkataan, ‘ajumma’, adalah cara biasa untuk merujuk kepada golongan wanita pertengahan usia dan berasal daripada perkataan lebih sopan, ‘ajumeoni’, ia kini  membawa konotasi negatif dalam kalangan orang Korea.

Salah seorang mangsa tikamannya telah menjalani pembedahan walaupun tiada kecederaan yang membawa maut dilaporkan.

Pegawai polis telah meminta waran tangkap untuk tertuduh berdasarkan pertuduhan keganasan khas. Dia boleh dihukum penjara antara setahun hingga 10 tahun.

Membawa senjata tajam juga melanggar Perkara 42 Akta Keselamatan Kereta Api walaupun polis tidak meminta pertuduhan untuk kesalahan khusus itu.

Pada 2021, calon Datuk Bandar Seoul ketika itu, Ahn Cheol-soo daripada Parti Rakyat mendapat kecaman apabila merujuk lawannya, Park Young-sun sebagai ‘ajumma’. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker