Mahkamah: Penggal kepala bapa, pengganggur kekal dihukum mati

Seorang penganggur kekal dihukum mati oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini kerana membunuh bapanya dengan memenggal kepala serta mengerat badan mangsa kepada enam bahagian dengan menggunakan parang, lima tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said selepas menolak rayuan You Poh Khoon, 57, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

“Mahkamah mendapati sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi (Ipoh) adalah selamat, rayuan perayu ditolak. Perayu masih ada peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan,” kata Hakim Kamaludin.

Dua lagi panel yang turut bersidang ialah Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Poh Khoon didakwa membunuh bapanya You Su Kim berumur 74 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Ipoh, Perak antara pukul 3 petang pada 8 Oktober hingga 10.30 pagi, 9 Oktober 2018.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Untuk rekod, pada 24 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas perayu selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh bapanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki berkenaan membunuh bapanya dengan memenggal kepala dan mengerat badan mangsa kepada enam bahagian selepas berang ditegur ketika menghisap dadah di dalam rumah mereka.

Kepala warga emas itu kemudian ditanam di belakang rumah mereka, manakala bahagian badan pula dibuang ke lubang pembentungan sedalam 1.52 meter.

Dalam prosiding hari ini Poh Khoon diwakili peguam Amir Faliq Mohamad Jamil manakala pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azmi Mashud.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker