Isteri curang berzina disebat dengan 100 kali rotan

Seorang lelaki berusia 29 tahun dan wanita berumur 29 tahun masing-masing dirotan 100 kali hari ini setelah mereka didapati bersalah melakukan zina oleh Majlis Hakim Syariah Langsa, Aceh, lapor laman berita Serambinews.com.

Majlis tersebut memutuskan pasangan itu bersalah pada 21 Februari lalu dan pelaksanaan hukuman turut disaksikan oleh hakim pengawas dari Mahkamah Syariah Langsa, perwakilan pemerintah Langsa dan Kejaksaan Wilayah Aceh.

Hukuman rotan itu dilakukan di Tribun Lapangan Merdeka Langsa.



Wanita itu merupakan seorang ibu di Kota Langsa dan mengaku melakukan zina dengan lelaki tersebut yang berasal dari Aceh Timur di rumah perempuan tersebut di Gampong Alue Dua, MukimLangsa Baro, Kota Langsa manakala ketika kejadian, suaminya sedang bertugas di luar kota tersebut.

Majlis Hakim yang diketuai Ketuanya, Said Nurul Hadi menyatakan,  lelaki dan wanita itu telah terbukti bersalah melakukan zina selepas mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Menurut pertuduhan, kejadian itu berlaku pada 11 Januari lalu kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan).

Setelah melakukan perzinaan, lelaki dan wanita berkenaan duduk di ruang tamu untuk bersembang,  menyebabkan warga kampung tersebut datang ke rumah itu dan mencurigai perbuatan mereka.



Akhirnya, pasangan tersebut mengaku melakukan perzinaan,  menyebabkan mereka diserahkan kepada pihak berwajib  oleh penduduk kampung untuk proses jatuh hukum. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin



Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker