Tetamu majlis berkhatan dapat air mineral 15 liter
Tetamu majlis berkhatan dapat air mineral 15 liter

JAKARTA – Sebuah majlis berkhatan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila tetamu menerima air mineral 15 liter sebagai cenderahati, lapor laman berita Detik News.
Kejadian berlaku di bandar Mojokerto, wilayah Jawa Timur baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @its.anis.syafaah menunjukkan penganjur majlis berkenaan mengagihkan air mineral gergasi itu kepada tetamu.
Meskipun berat, mereka dilihat ketawa sambil tersenyum lebar.
Rakaman itu mencatatkan lebih 2.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“‘Doorgift’ paling kelakar,” kata seorang netizen.
“Kenapa saya tidak terfikir untuk buat seperti ini? Cenderahati yang berguna!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Tetamu majlis berkhatan dapat air mineral 15 liter
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanjong Malim Hi-Tech Park Pacu Pembangunan Industri Perak
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Sokong Tabung Solidariti Najib
- Tindakan Dap Terhadap Isu Najib ‘Pengkhianatan Sempurna’- Shaiful Hazizy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.