Paksu Mid ulama yang dianggap wali di Kedah kembali ke rahmatullah

ALOR SETAR – Ulama terkenal Kedah, Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid Kuala Pai, 96 meninggal dunia pada jam 6.30 petang pada Jumaat di Putra Medical Centre (PMC), dekat sini dipercayai akibat sakit tua.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam hantaran Facebooknya berkongsi berita tersebut yang menyifatkan Kedah kehilangan seorang permata.

“Telah menghadap Pencipta “Permata Bumi Kedah” sebentar tadi.

“Semoga rohnya dihimpunkan bersama para anbiya dan orang orang soleh.. al-Fatihah,” katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara tersebut.

“Saya difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua selepas beberapa lama dikhabarkan tidak sihat.

“Jenazah sudah dibawa pulang ke rumahnya di Kuala Pai, Bukit Tembaga, Kuala Nerang dan dijangka dikebumikan esok pagi, ” ujar beliau.

Paksu Mid yang dilahirkan pada 1926 terkenal dengan kata-kata hikmahnya sering dikunjungi pemimpin-pemimpin utama negara antaranya Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker