Mahathir, Hadi ‘bermasalah’, abaikan mereka

Mahathir, Hadi ‘bermasalah’, abaikan mereka

Seorang pemimpin PKR menyeru rakyat supaya mengabaikan watak-watak seperti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Hadi Awang, yang disifatkan sebagai “bermasalah”.

Saifuddin Nasution Ismail berkata, Mahathir dan Hadi bermasalah sejak tiga dekad lalu.



“Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, mereka telah mewujudkan ketidakstabilan politik, dan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negara,” kata setiausaha agung PKR itu pada ceramah malam tadi.

Bagaimanapun, Saifuddin tidak menghuraikan perkara itu. Mahathir dan Hadi sebelum ini ada menyentuh isu-isu berkaitan kaum.

Mahathir sebelum ini mempertahankan kenyataan mengenai usaha mempromosikan Malaysia sebagai negara berbilang bangsa sebagai tidak menepati Perlembagaan.

Manakala Hadi pernah disiasat kerana mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera punca gejala rasuah.



Mengulas mengenai pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu, Saifuddin berkata, politik kadangkala mengakibatkan “perubahan yang tidak dijangka”.

Katanya, beliau percaya Mahathir dan Hadi mewakili perkara “kotor” dalam politik, seperti dendam dan cemburu.

“Apa yang mempertemukan mereka bukannya masa depan, perpaduan (orang) Melayu. Kedua-dua (tokoh) ini mewakili politik dendam, cemburu, kebencian, politik lapuk dan usang.

“Bila nak ajak rakyat Kedah pilih kerajaan, biar dasar lawan dasar, program lawan program, tawaran lawan tawaran.



“Kita mulakan politik baharu, barulah politik jadi matang dan rakyat tidak buat keputusan hanya berkisar politik sentimen kaum dan agama.” FMT

Mahathir, Hadi ‘bermasalah’, abaikan mereka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker