Kebaikkan Allahyarham Salahuddin Ayub terus dikongsi dan diceritakan oleh bekas kakitangan

Tangkap layar video seorang lelaki menceritakan kebaikan Allahyarham Salahuddin.

Seorang lelaki yang pernah berkhidmat bersama Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub menceritakan kebaikan ‘bossnya’ yang sanggup menunggu dari tengah malam hingga subuh di jabatan kecemasan sebuah hospital sewaktu dia terlibat dalam kemalangan.

Kisah itu diceritakan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Angah menerusi video dimuat naik di media sosial tersebut hari ini.

“Kemalangan sewaktu kerja bersama Datuk Seri Salahuddin, sanggup menunggu di unit kecemasan dari pukul 12.30 tengah malam hingga azan subuh.

“Beliau balik rehat sebentar, kemudian naik lagi ke wad menemani diriku.

“Siang hari datang lagi tengok keadaan aku macam mana. Semoga Allah berkati Datuk Seri,” katanya menerusi penerangan video tersebut.

Ia kemudian mengundang maklum balas pelbagai daripada orang ramai yang sebak dengan kebaikan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu.

“Arwah layan mak mentua saya Puan Raudzah pun sangat baik. Dengan anak-anak saya pun arwah layan mcm cucu dia. Saya sedih sangat,” komen
Emaaa Arissa.

“Patutlah kami yang tak kenal rapat dengan YB pun sayang dan sedih dengan pemergian dia. Rupanya dengan staf pun dia sangat baik, semoga beliau ditempatkan bersama orang soleh,” kata Putri Hidayah Aiden.

Terdahulu, Salahuddin menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah Ahad lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker