Berani petik nama Istana

‘Iyakan’ cerita Chegubard tukar kerajaan kait Istana Negara, Puad sindir PN

Berani petik nama Istana

Perikatan Nasional (PN) perlu tampil menjelaskan sama ada gabungan itu terlibat apa didakwa mencemar imej Istana Negara dalam usaha menumbangkan kerajaan, kata Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali “Chegubard” berani menyebarkan tuduhan palsu mengaitkan Agong kerana tiada penafian daripada kepimpinan PN.



“Ia sudah melampau kerana cerita palsu peralihan kerajaan ini berani mengaitkan pihak Istana Negara banyak kali.

“Ini berpunca kerana ada pemimpin PN sendiri tidak tegas dan berani pula mengiyakan cerita bohong kerajaan tebuk atap ini,” katanya di Facebook.

Puad yang juga Adun Rengit menggesa polis menyiasat dakwaan Chegubard kerana menurutnya tindakan itu mencemar nama baik Istana Negara.

Ia susulan laporan polis pihak Istana Negara terhadap video kononnya tiga pemimpin utama PN dipanggil menghadap Agong semalam.



“Polis perlu menyiasat sama ada individu seperti Chegubard diupah. Apakah ada pihak yang sanggup bayar kos guaman mereka jika disaman? Sebab itu mereka berani menyebar cerita palsu.

“Pemimpin PN mesti tampil menafikan penglibatan mereka dengan cerita temberang ini. Cukup-cukuplah usaha songsang menukar kerajaan sebelum PRU16,” kata Puad.

Malam tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid mengesahkan menerima laporan berkaitan terhadap Chegubard.

Katanya, kes itu akan disiasat dan dikendali Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. FMT



Berani petik nama Istana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker