Terimalah hakikat dah kalah – Ahli Parlimen Langkawi ‘sound’ Mahathir

Terimalah hakikat dah kalah – Ahli Parlimen Langkawi ‘sound’ Mahathir

Ahli Parlimen Langkawi Suhaimi Abdullah menafikan dakwaan memberi rasuah kepada pengundi yang membawa kepada kemenangannya di kerusi itu pada PRU15.

Suhaimi berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Dr Mahathir Mohamad, kekalahannya di Parlimen itu disebabkan amalan rasuah.

“Tun (Mahathir) kena terima hakikat dia kalah. Dia tidak mempunyai fakta sebenar apa yang katakan.

“Kadangkala bila kita kalah kita bagi macam-macam alasan sebab kita tak boleh terima hakikat kita kalah. Kita kena lihat sendiri (sebab kekalahan yang sebenar,” kata Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Suhaimi berkata, tiada keperluan untuk memberi rasuah kerana beliau bersedia untuk kalah dalam pertembungan dengan Mahathir di kerusi itu.

“Saya calon dan saya tahu sama ada rasuah berlaku atau tidak. Lebih-lebih lagi saya tahu nak kalah kalau dengan Tun.

“Jadi kenapa saya perlu belanjakan wang lagi, logik ke? Saya ‘Mr Nobody’ dan tak pernah fikir untuk menang dengan dia,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Mahathir berkata: “Saya pernah bertanya salah seorang pengundi di sana (Langkawi) yang juga kawan saya, kenapa kamu tidak undi saya, dia jawab saya tidak beri dia duit.

“Saya tanya lagi, berapa duit dia dapat, dia jawab RM100. Saya tanya dia, apa boleh buat dengan RM100 dan dia jawab duit itu boleh dibelanja untuk dua hari.

“Pada pilihan raya lalu, saya hilang lebih 14,000 undi hanya kerana rasuah,” katanya.

Pada PRU15, Mahathir yang dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi buat penggal kedua hilang deposit selepas meraih 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertembungan lima penjuru.

Suhaimi menang dengan majoriti 13,518 undi. FMT

Terimalah hakikat dah kalah – Ahli Parlimen Langkawi ‘sound’ Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker