Planet Marikh ‘terang’ esok susulan fenomena istiqbal

Planet Marikh ‘terang’ esok susulan fenomena istiqbal

Setelah fenomena istiqbal Musytari pada 26 September lalu, kali ini peminat astronomi di Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian sama melibatkan Marikh pada esok hari.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), fenomena nadir itu bakal mengakibatkan planet tersebut lebih terang berbanding kelazimannya.

“Semasa kejadian itu Khamis ini, permukaan Marikh yang menghadap bumi akan disinari matahari sepenuhnya dan boleh dilihat begitu terang daripada kedudukan biasa,” katanya.

Planet tersebut merupakan yang keempat dari matahari dengan saiznya adalah separuh berbanding bumi dan mudah dilihat kerana warna kemerahan pada permukaannya.

Lebih dikenali dengan gelaran planet merah, Marikh mempunyai dua bulan sebagai satelit semula jadi iaitu Phobos dan Deimos yang saiz cukup kecil sehingga menyerupai asteroid.

Istiqbal atau disebut oposisi ialah situasi apabila sesebuah planet menghadap bumi dalam keadaan tepat bertentangan dengan matahari yang berada segarisan di belakang bumi.

Mengulas lanjut, Mysa berkata, Marikh kebiasaannya akan mengalami fenomena unik ini dalam tempoh setiap 26 bulan dengan kali terakhir ialah pada 13 Oktober 2020.

“Ia akan kelihatan sepanjang malam di kawasan buruk Taurus pada jarak sejauh 1.53 unit astronomi (AU) daripada matahari atau hampir 0.55 AU daripada bumi,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mysa berkata, selepas oposisi itu, Marikh masih kelihatan di langit pada waktu malam terutamanya di ufuk timur selepas matahari terbenam.

“Imej planet itu akan tampak seperti titik terang kemerahan dan tidak pun berkelip sehingga menghala ke arah barat menjelang pertengahan Ogos 2023,” jelasnya. K Online

Planet Marikh ‘terang’ esok susulan fenomena istiqbal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker