Kecewa dengan DAP, Ong Kian Ming umum untuk tidak bertanding dalam PRU15

Ahli Parlimen Bangi daripada DAP, Ong Kian Ming mengumumkan untuk tidak bertanding dalam PRU15 dan dan berehat daripada politik di barisan hadapan.

Dalam kenyataan hari ini, Ong mengakui keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada MAC lalu – di mana dia gagal terpilih – menjadi faktor kepada keputusan itu tetapi menjelaskan ia bukanlah sebab utama.

“Ketika saya mula-mula ditawarkan untuk menjadi calon bagi Parlimen Serdang, persetujuan saya dengan isteri adalah untuk saya berkhidmat selama dua penggal dan kemudian menilai semula keadaan.

“Menjelang penghujung penggal kedua ini, saya percaya bahawa saya telah memberikan usaha yang sebaik mungkin di peringkat kawasan, parti dan negara,” katanya.

Justeru, katanya lagi, kini tiba masanya untuk memberi ruang kepada generasi muda dalam parti untuk mengambil alih kepimpinan.

Ong juga menyuarakan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Anthony Loke selaku setiasaha agung baru DAP dan menggesa semua pimpinan dan ahli parti itu memberikan sokongan penuh kepadanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker